Polis kesan empat suspek bakar lima kenderaan

Dari Penulis

POLIS giat mengesan empat lelaki disyaki terlibat membakar lima kenderaan mewah dalam kejadian di Bandar Tropicana Aman, Bandar Saujana Putra, Kuala Langat di Shah Alam semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Mohd Akmalrizal Radzi berkata pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memaklumkan terdapat kebakaran kenderaan pada 6.45 pagi. 

Beliau berkata siasatan awal mendapati pemilik kenderaan seorang lelaki, yang ketika kejadian mangsa dan keluarganya tiada di rumah.

“Siasatan mendapati empat suspek lelaki membakar kereta milik mangsa dan polis kini giat mengesan suspek terlibat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan, iaitu khianat menggunakan api yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Akmalrizal berkata insiden itu menyebabkan mangsa mengalami kerugian lebih kurang RM1.6 juta termasuk kerosakan pada bahagian hadapan rumah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222 bagi membantu siasatan.

Terdahulu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar dilaporkan berkata kejadian itu menyebabkan lima kenderaan yang di letakkan di hadapan rumah teres dua tingkat terbakar 90 peratus.

Beliau berkata kebakaran turut melibatkan bahagian hadapan dua rumah teres, anggaran lima hingga 10 peratus.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Onn Hafiz nafi dakwaan Puad, UMNO Johor bakal buat laporan polis

PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bahawa beliau...

More Articles Like This