Dasar Speed Selangor percepat kelulusan perniagaan, pelaburan – Amirudin

Dari Penulis

DASAR Speed Selangor bakal dilancarkan pada Oktober ini sebagai usaha mempercepat kelulusan urusan perniagaan serta aspek pelaburan di Selangor, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata secara umumnya, sebanyak enam atau tujuh kelulusan membabitkan urusan pihak berkuasa tempatan (PBT) akan dipercepat supaya memudahkan urusan semua pihak.

“Saya jangka kita akan lancar secara rasminya pada Oktober 2025 dalam ‘Selangor International Business Summit’ dan ia rangkuman daripada program yang telah direncana oleh PBT. 

“Sebelum ini PBT mempunyai express green approval yang tersendiri. Jadi sekarang kita rangkumkan semua dan diletakkan di satu landasan dan semuanya kita akan cuba adaptasi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Publisiti dan Penyertaan Awam, Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Sepang, Selangor 2035 (Penggantian) hari ini.

Amirudin berkata buat masa ini, semua pegawai akan dilatih bagi mempercepat segala urusan supaya tidak berlaku sebarang gangguan dalam pelaksanaan Dasar Speed Selangor.  

“Fokus pertama adalah untuk kelulusan urusan bersama dengan pemaju, pelabur dan pembangunan. Ada kelulusan yang lazimnya dua bulan boleh dipendekkan menjadi satu bulan,” katanya.

Beliau berhasrat meluaskan Dasar Speed Selangor bagi urusan yang berkait dengan aduan rakyat dan hubungan langsung dengan rakyat.

“Contoh yang paling banyak didengar ialah ubah suai rumah, mungkin hal ini akan diberikan perhatian oleh pihak majlis, sebab itu kita juga boleh masukkan elemen speed itu. 

“Melalui program Speed Selangor, rakyat akan mendapat kesan langsung dengan nilaian ekonomi,” katanya.

Speed Selangor memfokuskan kepada penambahbaikan prosedur dan urusan sedia ada supaya lebih cepat dan cekap kepada pelabur serta pemaju. 

Mengenai isu tapak pembuangan sampah haram, Amirudin berkata satu langkah bersepadu perlu dilaksanakan bagi membendung perkara itu daripada berleluasa.

“Kita juga kena rangka balik dari segi perundangan supaya ada tindakan tegas, rampasan dan denda ataupun tindakan yang lebih tinggi kepada tuan tanah dan juga operator yang telah terlibat,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan peruntuk RM9.46 juta laksana 52 Projek Cakna MADANI perkukuh mitigasi banjir di Sarawak

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM9.46 juta bagi melaksanakan 52 Projek Cakna MADANI di Sarawak tahun ini sebagai langkah memperkukuh...

More Articles Like This