Raja Perlis, DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, DYMM Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan menerima mengadap kunjungan pasukan filem Impak Maksima 2.
Kunjungan itu adalah salah satu rangka promosi filem berkenaan di utara semenanjung, semalam.

Seluruh pasukan promosi berasa sangat berbangga kerana ia bukan sesuatu perkara yang biasa berlaku bagi mana-mana kru promosi filem.
Turut bersama berkenan berangkat semasa sesi mengadap ialah Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, DYTM
Tuanku Dr. Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Rahimi Ismail.
Pengarah Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri bersama pelakon Arfie Shah, Nelissa Nizam, Muhsin Nadzli dan Riezman Khuzaimi serta bersama beberapa orang kru menyertai kunjungan hormat itu.
Barisan pelakon Impak Maksima 2 ketika ini dalam rangka sesi jelajah bermula 4 hingga 6 Julai di Kedah dan Pulau Pinang termasuk program Santai Anak Utara di Perkarangan
Stadium Darul Aman, Alor Setar Kedah dan Auto City Carnival di Juru, Pulau Pinang.
Impak Maksima 2 sangat berbesar hati dan menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Duli-Duli Tuanku di atas layanan yang sangat istimewa sepanjang majlis tersebut.
Filem Impak Maksima 2 akan menemui penonton seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 17 Julai ini.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

