KEDUDUKAN sebagai pendakwah bukanlah lesen untuk memperalatkan agama demi kepentingan peribadi atau terlibat dalam perlakuan tidak bermoral dan bercanggah dengan undang-undang.
Justeru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengingatkan setiap penceramah, pendakwah dan individu yang membawa imej Islam terutama golongan yang bergerak bebas supaya sentiasa menjaga akhlak, integriti dan maruah diri.
Kata beliau, ia perlu selaras dengan ajaran Islam.
Mohd Na’im turut memandang serius laporan media mengenai siasatan terhadap seorang penceramah bebas berikutan penyebaran video seks.
Menurutnya, tingkah laku sedemikian bukan sahaja mencemar maruah individu yang terlibat, malah mencemarkan imej institusi dakwah serta menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap para agamawan.
“Kepada para penceramah dan pendakwah, khususnya yang bergerak secara bebas tanpa pengiktirafan atau pemantauan institusi berautoriti, saya menyeru agar mematuhi etika dan garis panduan yang ditetapkan pihak berkuasa agama negeri.
“Saringan terhadap latar belakang, akhlak dan kelayakan perlu diperkukuh agar dakwah yang disampaikan benar-benar membawa rahmat, bukan fitnah,” katanya.
Baca artikel lain: Sebar video seks: Penceramah bebas ditahan selepas isteri kedua buat laporan
Mengulas lanjut, Mohd Na’im turut menyeru masyarakat tidak terburu-buru menjatuhkan hukuman secara umum tetapi memberikan ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh dan adil.
Pada masa sama, katanya, semua pihak mesti menolak sekeras-kerasnya budaya aib-mengaibkan, lebih-lebih lagi dengan tujuan meraih pengaruh atau perhatian.
“Kerajaan MADANI komited untuk memperkasa ekosistem dakwah yang lebih tersusun, profesional dan berintegriti.
“Marilah kita semua terutama para pendakwah menjadi cerminan akhlak Rasulullah SAW dan sentiasa menjaga amanah dakwah ini dengan penuh tanggungjawab,” katanya.
Sabtu lalu, seorang penceramah bebas direman empat hari kerana didakwa menyebarkan video seksnya bersama isteri-isteri dan wanita lain.
Penahanan lelaki berusia 39 tahun itu dibuat selepas isteri kedua tampil membuat laporan polis pada 16 Jun lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, polis telah membuat tangkapan terhadap suami pengadu dan telah merampas dua buah telefon bimbit serta sebuah laptop milik suspek.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

