Hajiji beri bayangan DUN Sabah dibubar masa terdekat

Dari Penulis

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Sabah dijangka akan dibubarkan dalam masa terdekat bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Perkara itu dinyatakan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor seperti dilaporkan Astro Awani, hari ini.

Namun begitu, Hajiji masih enggan mendedahkan tarikh sebenar pembubaran DUN Sabah itu.

Sebaliknya, beliau meminta semua pihak untuk menunggu dan bersabar.

“Itu tidak boleh saya beritahu sekarang. Tunggu bila kita sudah tetapkan nanti, kita akan panggil semua kawan-kawan daripada media.

“Sabar, tidak lama lagi. Janganlah kamu bilang automatik-automatik pula, itu terpulang kepada Ketua Menteri nanti. Saya mimpi dulu, cari tarikh yang paling baik,” katanya berseloroh.

Baca artikel lain: Hajiji beri bayangan tarikh bubar DUN Sabah diumum lepas Perhimpunan Agung Gagasan Rakyat

Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) turut mengesahkan bahawa sidang DUN kali ini merupakan yang terakhir sebelum pembubaran diumumkan secara rasmi.

Mengulas mengenai calon, beliau memaklumkan perkara itu masih dalam perbincangan dan akan dimuktamadkan sebelum DUN dibubarkan.

“Itu sedang diperhalusi. Kita sudah mengadakan satu dua pertemuan dengan kawan-kawan yang perlu.

“Jadi kita akan utamakan nanti sebelum kita bubar Dewan Undangan Negeri. Yang jelas sekarang, kerajaan hari ini adalah GRS-PH. Itu asas kita, yang lain kita nanti tengok macam mana,” katanya.

Hajiji dalam masa sama menegaskan kerajaan negeri kekal diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama Pakatan Harapan (PH) buat masa ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut selepas terjatuh ketika mandi di kediamannya

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mandi di bilik air kediamannya di Taman...

More Articles Like This