“Tengah berlatih untuk kerja” – Nabila Huda monolog sindir wanita berstatus Datin, pesan ingat asal usul

Dari Penulis

PELAKON Nabila Huda menyorot perhatian ramai apabila video yang dimuat naik menerusi akaun Instagram (IG) miliknya itu dilihat sedang menyindir seorang wanita berstatus Datin.

Nabila,40, mendedahkan individu terbabit telah mencetuskan kekecohan sekaligus memberi tempias negatif terhadap keluarga dan suaminya.

Malah, Nabila yang juga anak kepada penyanyi rock terkenal, Datuk Amy Search itu juga menyelar sikap individu tersebut yang tidak pernah berubah.

“Hei betina, aku rasa kau dah boleh berhenti buat benda bodoh ini, kau ingat kau siapa? Berhentilah memalukan keluarga dan memalukan suami tercinta.

“Kau cubalah sedar sikit kau itu pelacur berstatus Datin, kau ingat diri kau besar sangat ke? Aku dah cakap dengan kau satu Malaysia tak suka kau, kau dah boleh keluar dari negara ini.

“Tiada siapa boleh terima kau disebabkan perangai kau yang tak pernah berubah. Kau tak akan pernah berubah,” katanya.

Dalam hantaran sama, Nabila turut menitipkan pesanan kepada individu yang dimaksudkan itu untuk berpijak di bumi yang nyata sebelum semua kejahatan yang dilakukan terbongkar.

“Sekarang lihatlah apa yang kau dah buat hanya disebabkan orang lain beri pendapat. Semua nak kena ikut cara hidup kau? Pergi mampus.

“Ingat asal usul kau itu siapa. Aku dah banyak kali beri amaran, jangan sampai orang selidik siapa diri kau yang sebenar. 

“Jangan sampai orang lain korek segala benda jahat yang kau pernah buat,” ujarnya.

Bagaimanapun, Nabila menegaskan setiap kenyataan yang dikeluarkan itu tidak menyebut nama mana-mana pihak.

“Apa pun aku tak sebut nama sesiapa, jadi jangan nak terasa. Cukuplah dengan drama kau, aku rasa kau patut jadi pelakon. Sebab lakonan kau sangat ‘over’.

“Aku tak rasa pun panggilan Datin sesuai dengan muka kau, ingat karma itu wujud,” katanya.

Bagaimanapun, pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan, pelakon filem Gayong itu berkongsi dia sedang berlatih secara monolog untuk tawaran lakonan terbaharunya.

“Tengah berlatih monolog untuk kerja seterusnya. Doakan saya berjaya untuk watak saya yang seterusnya,” tulisnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This