SEORANG putera daripada keluarga diraja Arab Saudi, Al-Waleed bin Khalid Al-Saud mangkat pada Sabtu selepas hampir 20 tahun berada dalam keadaan koma akibat kemalangan jalan raya, menurut Pejabat Diraja, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Anggota keluarga diraja itu dikenali sebagai “Putera Tidur” di Arab Saudi. Terdapat khabar angin dari semasa ke semasa bahawa keadaannya semakin pulih, namun tidak pernah disahkan.
“Solat jenazah untuk putera itu akan diadakan pada Ahad di Masjid Besar Imam Turki bin Abdullah di Riyadh,” menurut Pejabat Diraja dalam satu kenyataan yang dipetik oleh agensi berita SPA.
Baca artikel lain: Operasi haji 1446H/2025M paling baik, diiktiraf Kerajaan Arab Saudi
Maklumat mengenai kemangkatan putera raja berusia 35 tahun itu disahkan menerusi platform X oleh bapanya, Khalid bin Talal yang selama 20 tahun enggan menghentikan sokongan hayat dan percaya anakandanya akan sedar daripada koma.
Khalid sering berkongsi pelbagai foto lawatannya ke hospital untuk melawat anakandanya di media sosial, termasuk pada musim perayaan tertentu.
— BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

