“Paraxnormal bukan sekadar paparan kisah makhluk ghaib” – Pengarah

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

FILEM Paraxnormal, sebuah karya seram psikologi komedi yang membawa pendekatan segar dalam genre seram tempatan.

Diterbitkan oleh Nanord Studio Production, filem terbabit menggabungkan unsur seram, psikologi, komedi gelap dan konflik persahabatan.

Penerbitnya, Nurul Ain Nordin berkata, Paraxnormal bukan sekadar paparan kisah makhluk ghaib, sebaliknya menelusuri sisi gelap sifat manusia seperti ketamakkan, dendam, dan pengkhianatan.

“Ilham untuk naskhah ini muncul secara tidak dijangka sewaktu sesi perbualan santai bersama sahabat saya, pelakon dan penulis skrip Epy Kodiang yang juga membintangi filem ini. 

“Kami pernah bekerjasama dalam sebuah naskhah seram komedi sebelum ini. 

“Jadi, kami percaya genre ini masih mempunyai peminat tersendiri dan akhirnya tercetuslah idea untuk menghasilkan Paraxnormal yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi membawa mesej mendalam tentang erti ‘kadang-kadang yang seram bukan hantu, tapi member sendiri’,” katanya.

Paraxnormal mengangkat kisah empat sahabat karib yang secara tidak sengaja mengalami pelbagai kejadian menyeramkan ketika cuba merompak sebuah vila misteri yang dikatakan berhantu, tetapi menyimpan harta bernilai lebih RM10 juta.

Ujarnya, barisan pelakon yang ditampilkan dalam filem terbitannya itu juga antara tarikan untuk menonton filem ini.

“Menerusi filem ini, barisan pelakon utama terdiri daripada gabungan pelakon berpengalaman dan pelapis baharu.

“Misalnya, kami menampilkan Joey Daud sebagai Yasin, Azhan Rani sebagai Asri, Epy Kodiang sebagai Fateh, Amir Nafis sebagai Anas dan turut dibantu oleh Ellie Suriaty Omar dan Kamarool Haji Yusoff,” ulasnya.

Jelasnya, dengan kombinasi pelakon pelbagai latar dan generasi, mereka berjaya mencipta keserasian yang luar biasa dan menjadi menjadikan Paraxnormal sebuah naskhah yang segar dan layak ditonton di pawagam.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai filem berkenaan, Ain memberitahu pada awalnya merancang Paraxnormal sebagai Super Telemovie pada 2023, namun disebabkan kekuatan jalan ceritanya,  mereka memutuskan untuk dibawa ke layar perak.

Namun begitu, penerbit berkenaan turut mendedahkan bahawa proses penggambaran tidaklah semudah yang disangka.

“Antara cabaran yang dihadapi termasuklah masalah teknikal seperti monitor dan kabel yang rosak walau selepas di ganti serta kejadian aneh yang sukar dijelaskan.

“Selain itu, ada hari waktu pengambaran, kru yang mendakwa terlihat ‘dua Ain’ serentak di lokasi, selain insiden penolong pengarah mengamuk tanpa sebab dan kemudian pengsan secara tiba-tiba, yang mana pada waktu itu pengambaran terpaksa ditangguhkan,” kongsinya.

Sebagai penerbit, Ain menaruh harapan agar Paraxnormal yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 28 Ogos 2025 diterima baik oleh penonton dan menjadi salah satu filem seram tempatan yang meninggalkan kesan.

SINOPSIS

Empat sahabat karib iaitu Yasin, Asri, Fateh dan Anas telah terpisah sejak kecil. Selepas 30 tahun, mereka bertemu semula dan Anas mencadangkan satu rancangan gila iaitu merompak Vila Casablanca yang terbiar dan dikatakan berhantu. Namun, apa yang mereka temui jauh lebih menakutkan daripada sekadar hantu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This