Himpunan ‘Turun Anwar’ bukti pembangkang ketandusan idea – Kamil Munim

Dari Penulis

HIMPUNAN ‘Turun Anwar’ yang dirancang Sabtu ini disifatkan sebagai manifestasi ketandusan idea Perikatan Nasional (PN) dalam menawarkan alternatif jelas kepada dakwaan kononnya kerajaan gagal mengurus ekonomi.

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim berkata angka dan laporan semasa jelas menunjukkan pemulihan serta pertumbuhan ekonomi negara berada di landasan yang kukuh dan konsisten, lantas membenam dakwaan semberono mereka.

“Pertumbuhan, inflasi, kadar pengangguran, jumlah pelaburan dipersetankan terus dek kerana benci dan haloba.

“Ini bukti nyata betapa gagalnya mereka dalam berhujah, mengolah serta mengusulkan alternatif kepada pelbagai dasar baik yang telah kita terjemahkan,” katanya menerusi ciapan di platform X hari ini.

Baca artikel lain: PM Anwar arah PDRM beri kerjasama dalam Perhimpunan “Turun Anwar”

Muhammad Kamil yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata ketika kepemimpinan negara berusaha gigih membangunkan ekonomi, pembangkang pula memilih untuk menghasut dan menabur kebencian.

‘Malah, hingga kini mereka masih gagal menamakan calon yang boleh diketengahkan sebagai pengganti Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan Kerajaan MADANI kekal menjunjung prinsip kebebasan bersuara, termasuk hak untuk berhimpun secara aman, selaras dengan jaminan yang diberikan Perdana Menteri bahawa tiada intimidasi daripada pihak berkuasa.

“Namun, berdemonstrasi semata-mata benci kepada batang tubuh Anwar Ibrahim menunjukkan betapa lemah, dangkal dan longlainya politik mereka dalam mendepani ketangkasan kita menterjemah hasrat dan kehendak rakyat saat ini,” kata Kamil.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan tanggung subsidi minyak cecah RM7.5 bilion pada April, kini RM3.5 bilion

JUMLAH subsidi RON95 dan diesel yang ditanggung kerajaan melonjak kepada RM7.5 bilion, April lalu susulan krisis di Asia Barat...

More Articles Like This