PM Anwar arah PDRM beri kerjasama dalam Perhimpunan “Turun Anwar”

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memberikan kerjasama sewajarnya Perhimpunan “Turun Anwar” yang ditunjangi Pas dalam masa terdekat.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah memaklumkan, hal itu demi memastikan keselamatan awam terpelihara dan kelancaran perhimpunan ditunjangi parti Pas itu dapat dibantu tanpa sebarang intimidasi atau sekatan tidak wajar.

Katanya, sebagai seorang yang berpegang teguh kepada prinsip Perlembagaan dan semangat reformasi, Perdana Menteri menitipkan pesanan agar demonstrasi atau perhimpunan itu berlangsung secara aman dan tertib.

“Pendirian Kerajaan MADANI adalah jelas dan konsisten, kita merayakan demokrasi. Hak untuk bersuara, termasuk daripada pihak yang menentang Kerajaan – adalah satu elemen penting dalam Negara yang bebas dan adil.

“Di bawah kepimpinan Perdana Menteri, ruang ini bukan sahaja dibuka luas, malah dihormati,” katanya dalam Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung di media sosial hari ini.

Mengulas lanjut, Tunku Nashrul berkata, apa jua ketidaksetujuan terhadap Kerajaan termasuk menerusi demonstrasi awam tidak akan disekat secara membuta tuli.

Sebaliknya, kata beliau, ia dianggap sebagai sebahagian daripada amalan demokrasi yang sihat dan matang selagi ia tidak melanggar undang-undang dan tidak mengancam keselamatan awam.

“Marilah kita terus menjunjung demokrasi dengan akal yang waras, semangat yang matang, dan sikap yang bertanggungjawab. Kerajaan MADANI berdiri teguh bukan kerana menutup ruang kritikan, tetapi kerana membuka ruang toleransi dengan penuh ihsan dan istiqomah.

“Kita merancang, Allah Taala juga merancang, Allah Taala lah sebaik-baik perancang dan maha penentu segalanya,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Penunggang maut dirempuh motosikal ketika lintas persimpangan lampu isyarat

SEORANG penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di persimpangan lampu isyarat jejantas atas Jalan Johor...

More Articles Like This