TINDAKAN penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang didakwa mengasari seorang penjual belon di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), malam tadi disifatkan perbuatan keji dan biadab.
Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim yang turut menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak boleh diterima menegaskan, apa sahaja alasan daripada DBKL tidak sama sekali menghalalkan tindakan sedemikian.
Pada masa sama, beliau turut menggesa siasatan tegas dijalankan dengan segera terhadap individu yang terlibat dalam isu berkenaan.
“Apa erti berpuasa dan beramal di bulan Ramadan sekiranya ia gagal memanusiakan kita serta tidak mempaculkan sikap ihsan dan belas pada yang tidak berkemampuan.
Insiden tindakan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mengasari peniaga belon dalam satu video yang tular yang berlaku di Jalan TAR malam tadi adalah perbuatan keji yang tidak boleh diterima. Apa sahaja alasan dari pihak Bandaraya tidak boleh sama sekali… pic.twitter.com/2XSd8LRAqS
— Kamil Munim ?? (@kamilmunim) March 29, 2025
Baca artikel lain: ‘Diperlaku seperti binatang’, Pemuda UMNO akan tuntut keadilan buat ‘abang belon’
“Ramadan mesti memperteguh sikap kemanusiaan dan meningkat tahap keperibadian.
“Sementara menunggu laporan penuh pihak berkuasa, saya mengecam tegas tindakan tersebut dan menggesa siasatan tegas segera dijalankan terhadap mereka yang terlibat,” katanya dalam hantaran di platform X, hari ini.
Terdahulu, satu video memaparkan seorang penjual belon didakwa dikasari penguatkuasa DBKL di Jalan TAR tular di media sosial.
Dalam video berdurasi 1 minit 43 saat itu, beberapa orang penguatkuasa DBKL dilihat bergelut dengan seorang lelaki yang membawa belon.
‘Abang belon’ tersebut dipercayai menjalankan aktiviti tanpa lesen di kawasan tersebut.
Berdasarkan rakaman tersebut, kekecohan berlaku apabila penguatkuasa mahu merampas belon yang dibawa lelaki berkenaan.
Berlaku pergelutan antara lelaki itu dengan penguatkuasa terbabit sehingga dilihat dia dikasari.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

