“Kenapa ramai yang bengang dan tak puas hati?” – Kak KM minta anak berhenti kerja pramugari

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis


USAHAWAN dan personaliti media sosial popular, Kak KM membuka mulut mengenai tindakan anaknya, Nabila Razman yang membuat keputusan untuk berhenti daripada meneruskan kerjaya sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan berpengkalan di Singapura.

Menurut Kak KM atau nama lengkapnya Liana Rosli, 44, anak sulungnya itu tidak gagal dan disingkirkan daripada sesi pemilihan awal seperti dakwaan netizen.

Sebaliknya, Kak KM meminta Nabila,22, untuk tidak lagi meneruskan kursus selepas didakwa anaknya dilayan dengan kasar.

“Saya terus terang sajalah ya, kami memang bayar penalti sebab saya tak mahu anak saya kerja dekat sana.

“Tak ada masalah untuk bayar kerana saya mahu anak saya semula. Saya besarkan anak bukan untuk orang lain sesuka hati marahkan dia.

“Jadi kenapa bila saya hantar pergi kerja nak marah-marah dia pula? Mungkin orang di sana kurang kenal siapa anak saya.

“Saya tak mahulah anak terus bekerja dalam persekitaran yang tidak baik. Tak apa saya rugi sikit sebab kena bayar penalti, yang penting anak saya balik semula,” katanya kepada URTV.

Bercakap soal bayaran penalti, bagaimanapun Kak KM tidak mahu mendedahkan nilai sebenar tetapi hanya berkongsi anggaran jumlah maksimum perlu dijelaskan ialah RM50,000

Pada masa sama, Kak KM berharap kenyataan yang menuduh Nabila gagal dalam peringkat pemilihan seperti yang tular di media sosial dihentikan.

Malah katanya, tuduhan itu tidak berasas memandangkan anaknya itu diberikan tiket penebangan ke Singapura dan penginapan percuma selepas berjaya ketika sesi temu duga awal di Kuala Lumpur.

“Kalau nak kata anak tak lepas sesi temuduga, takkanlah dia dapat tiket, hotel, makanan dan jadual ketika di sana. 

“Setahu saya, kalau tidak terpilih mereka akan terus ditolak semasa sesi pemilihan di Kuala Lumpur lagi.

“Kalau anak saya tidak terpilih, takkan kami nak kena bayar penalti pula? Itulah secara logiknya. Kenapa ramai yang bengang dan tak puas hati?

“Anak saya boleh sahaja kerja dengan orang lain tapi dia sudah berusia 22 tahun. Boleh cakap elok-elok dengan dia dan profesional sahaja,” ujarnya.

Sementara itu, Kak KM turut mengaku emosi Nabila tidak begitu baik selepas teruk dikecam.

Katanya, dalam usia yang sangat muda, Nabila belum boleh menerima kritikan netizen.

“Memang saya yang salah minta dia berhenti kerja sebab saya tak sanggup.

“Bagi saya, anak yang saya besarkan bukan untuk orang lain perlekehkan.

“Anak saya bukanlah sekuat saya. Bila kena kecam dia rasa sedih. Tetapi saya dah pun nasihatkan dia.

“Layak atau tidak, sekali temuduga sahaja Nabila terus dapat, itu rezeki dia.

“Tapi tak apalah, yang penting dia dah ada depan mata saya,” ungkapnya.

Terdahulu, Nabila mengumumkan sudah meletakkan jawatan sekaligus berhenti daripada menjalani latihan sebagai pramugari di Singapura menerusi perkongsian di Instagram Story.

Penjelasannya itu telah mengundang pelbagai pendebatan dalam kalangan netizen yang mula mempertikaikan kredibilitinya sebagai kabin kru. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This