“Saya memang tak jemput, tak mungkin anak dia reka cerita,” – Tiada kelibat Kak Nona di majlis rumah terbuka Kak KM, hubungan kembali dingin

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PERSONALITI media sosial dan usahawan sensasi, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM, mengesahkan hubungan dengan kakaknya, Kak Nona, kembali retak susulan konflik keluarga yang kini melibatkan siasatan pihak polis.

Tegas dengan pendiriannya, Kak KM memilih untuk tidak menjemput kakaknya itu ke majlis rumah terbuka Aidilfitri anjurannya di The Urban, Kuala Lumpur, malam semalam.

Kak KM, 45, menjelaskan bahawa keputusan itu diambil selepas dia sendiri mendengar aduan daripada anak saudaranya. 

Baginya, kepercayaan terhadap remaja dalam isu sebegini adalah keutamaan dan dia enggan berkompromi dalam hal-hal yang melibatkan trauma mangsa.

“Saya memang tidak menjemput dia (Kak Nona). Walaupun sebelum ini kami sudah berbaik semula, tetapi apabila timbul isu yang menyentuh soal anak-anak, saya tidak boleh menyokong tindakannya dan memilih untuk tidak menemuinya buat masa ini. 

“Saya berasa sangat geram kerana menganggap anak-anak saudara saya itu seperti zuriat sendiri. 

“Bagi saya, mustahil untuk anak-anak yang tidak bersosial tiba-tiba mereka-reka cerita yang sebegitu serius,” katanya kepada URTV.

Dia juga memilih untuk tidak mengulas butiran terperinci memandangkan kes tersebut sudah pun dalam radar pihak berkuasa sebagai kes polis.

Apa yang lebih menarik, Kak KM turut menyelar tindakan segelintir pihak yang cuba meletakkan kesalahan kepada mangsa dengan mengaitkan cara pemakaian. 

Sebagai seorang ibu, dia menegaskan bahawa jenayah tetap jenayah, dan tiada alasan yang boleh menghalalkan tindakan buruk terhadap remaja perempuan.

Pernyataan ini dilihat sebagai satu pendirian yang cukup matang daripada Kak KM dalam membela hak asasi mangsa bawah umur.

“Sama ada anak sendiri atau anak orang lain, cara mereka berpakaian seperti memakai skirt pendek atau baju terdedah bukan tiket untuk sesiapa melakukan perkara yang tidak senonoh terhadap mereka. 

“Apa pun situasi yang berlaku, perlakuan tersebut sama sekali tidak boleh diterima kerana ia adalah sebuah jenayah berat yang menyentuh maruah,” ujarnya.

Terdahulu, hubungan dua beradik ini pernah dilaporkan dingin sebelum dilihat kembali bertaut pada bulan Ramadan lalu menerusi perkongsian video di Instagram. 

Bagaimanapun, ia tidak bertahan lama apabila timbul dakwaan kes cabul membabitkan anak Kak Nona yang didakwa dilakukan oleh individu terdekat.

Malah, bekas suami Kak Nona, Pak Edy, dalam laporan media sebelum ini turut mendedahkan dua daripada tiga anak mereka mengalami trauma yang mendalam sehingga memerlukan pemantauan pakar psikiatri.

Dengan laporan polis yang telah dibuat, Kak KM berharap keadilan dapat ditegakkan buat anak-anak saudaranya tanpa mengira pertalian darah yang wujud. 

Dia menyifatkan sokongan yang diberikannya sekarang adalah atas dasar kemanusiaan dan tanggungjawab untuk melindungi mereka yang tidak berdaya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amad pindah ke Kuantan… Saerah sedih, tak tidur malam

Hati ibu mana tidak sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak. Ibu serta pengurus penyanyi remaja, Amad Dayyan iaitu Saerah Taruddin...

More Articles Like This