VARIANTE tidak sekadar meraikan ulang tahun ke-20, tetapi meraikan dua dekad keberanian wanita tampil sopan dengan penuh karakter dan gaya.
Diasaskan oleh pereka ikonik Leslie Variyan, jenama ini menjadi simbol elegan moden yang tidak gentar mencipta ruang sendiri dan menampilkan gaya modest luxury yang tidak membataskan gerak wanita, tetapi menyokong keyakinan mereka untuk bersinar.

“Wanita Variante tidak tunduk pada trend. Dia mencipta trendnya sendiri,” kata Leslie ringkas.
Sempena ulang tahun ke-20, Variante melancarkan koleksi Runway Anniversary 2025 dengan satu persembahan berani, mewah dan sofistikated. Potongan tegas, draping lembut dan siluet feminin bersatu dalam rekaan yang meraikan semua sisi wanita moden.

Antara rekaan yang mencuri perhatian di KLFW 2025 ialah siluet yang bukan sekadar cantik dipandang, tetapi penuh karakter dan kekuatan tersendiri.
Kurung labuh berstruktur moden menyerlahkan aura kepimpinan dalam setiap langkah menerusi gabungan tradisi dan kuasa moden yang mencipta keanggunan bergaya profesional. Sementara itu, cape dress satin tampil dramatik dengan setiap gerakan, namun tetap kekal classy dan sofistikated, sesuai untuk acara penuh glamor.
Turut menyerlah ialah maxi coat abaya dan jubah aristokrat moden, antara pilihan yang memancarkan kuasa dalam kelembutan, menzahirkan sisi anggun dan dominan dalam satu sentuhan.
Layered draped maxi dress membuktikan bahawa gaya effortless dan elegan tidak pernah lapuk dek musim, ia kekal relevan, memukau, dan selesa sepanjang zaman.


Setiap rekaan ini bukan sekadar pakaian, tetapi pernyataan gaya yang mencerminkan identiti dan keyakinan si pemakai.
Rona seperti emerald, ochre, scarlet mauve, midnight navy dan blush pink menjadi latar kepada fabrik satin, renda dan tenunan arkitek dan menghasilkan koleksi yang bukan sekadar cantik di mata, tetapi penuh makna.
Keindahan Variante tidak hanya pada luaran. Komitmennya terhadap fesyen lestari menjadikan setiap helaian satu tindakan bertanggungjawab. Dari limited production, teknik upcycle, hingga pilihan fabrik tahan lama, semuanya demi mencipta gaya yang mesra alam.
Servis seperti style coaching dan wardrobe personalization pula menjadikan pengalaman membeli sebagai satu proses membina identiti. Wanita tidak lagi hanya memilih pakaian, mereka membina naratif diri mereka melalui fesyen.


Selama 20 tahun, Variante kekal sebagai pilihan wanita bergaya yang tahu nilai diri. Runway Anniversary Collection 2025 kini tersedia di butik-butik utama dan platform atas talian terpilih. Ini bukan sekadar koleksi, ia adalah pesona diri.

