MASIH belum ada sebarang usul untuk merujuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
Demikian kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul seperti dilaporkan BH Online, hari ini.
Menurut Johari, beliau akan meneliti dan mengambil tindakan selanjutnya sekiranya ada menerima usul sedemikian yang dinyatakan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin di Dewan Rakyat semalam.
“Setakat ini belum ada apa-apa. Cuma Tan Sri Muhyiddin sebut dalam Parlimen yang beliau sedang menunggu Perdana Menteri untuk mengambil tindakan dan saya menunggu apa juga tindakan seperti amalan biasa.
“Jika ada apa juga yang dihantar kepada saya, insya-Allah saya akan lihat dan mengambil tindakan selanjutnya seperti yang termaktub dalam Peraturan Mesyuarat,” katanya.
Semalam, Muhyiddin ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) menuntut Perdana Menteri supaya meminta maaf atas kenyataan yang disifatkan sebagai fitnah.
Baca artikel lain: Muhyiddin telah dihubungi untuk beri keterangan sebagai saksi – MCMC
Pada masa sama, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mahu Anwar menarik balik kenyataan mendakwa beliau menyokong pemberian subsidi RON95 kepada warga asing.
Muhyiddin menegaskan, apa yang diungkapkan Perdana Menteri itu tidak benar sama sekali dan tidak pernah dinyatakan dirinya.
Sekiranya tidak berbuat demikian, Muhyiddin menegaskan beliau akan membawa isu tersebut kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
“Sebagai sahabat, dia juga manusia biasa, cuma jawatan dia tinggi. Saya juga pernah ada di situ. Jadi, mungkin dah berlaku kesilapan, jadi agak susah bagi Perdana Menteri nak kata ‘Muhyiddin, aku sorrylah salah’ – dia boleh cakap begitu sahaja, (saya) ok.
“Jadi, saya nak minta satu perkara daripada Yang (Amat) Berhormat Tambun, dengan izin Speaker, mohon maaf ya. Tarik baliklah kenyataan itu. Saya ini rela, saya akan terima permohonan maaf itu sekarang juga,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

