Havoc Food Festival diiktiraf Malaysia Book Of Records

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

Havoc Event & Management Sdn. Bhd. mencipta sejarah apabila Havoc Food Festival (HFF) diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai “Largest Food Festival Tour Malaysia”. 

Pengiktirafan ini diberikan selepas festival tersebut berjaya menjelajah ke semua 14 negeri di Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.

Perlis menjadi destinasi terakhir siri jelajah penuh warna ini. Majlis penganugerahan berlangsung meriah di Dataran D, Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Perlis pada pukul  9 malam dengan ribuan pengunjung hadir menyaksikannya.

HFF bukan sekadar pesta makanan, tetapi turut menjadi platform berimpak tinggi bagi para usahawan untuk mempromosikan jenama, meningkatkan jualan, dan memperluas rangkaian perniagaan. 

Ketua Pegawai Eksekutif Havoc Event & Management Sdn. Bhd., Datuk Firdaus Nadxaman berkata, kejayaan ini adalah hasil dedikasi seluruh pasukan Havoc, vendor, artis, pihak berkuasa tempatan, rakan kerjasama dan jutaan pengunjung di setiap lokasi. 

“Dari Johor hingga Sarawak, HFF bukan sekadar tentang makanan tetapi ia tentang komuniti, kebersamaan dan meraikan kepelbagaian rasa Malaysia. 

“Pengiktirafan ini membuktikan kekayaan budaya kulinari negara dan kami berbangga menjadi sebahagian daripada pemacu utamanya,” katanya.

Dengan pengiktirafan ini, HFF bukan sahaja meletakkan sejarah baharu, malah menetapkan penanda aras baharu bagi penganjuran festival makanan berskala mega di Malaysia sekali gus menjadi inspirasi kepada penganjur lain untuk terus mengangkat industri kulinari tempatan ke persada dunia.

Festival ini turut memberi sumbangan besar kepada pertumbuhan ekonomi setempat dan sektor pelancongan, seiring dengan matlamat menyokong agenda Tahun Melawat Malaysia 2026 demi menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negara.

Antara pencapaiannya ialah, menarik lebih 18 juta pengunjung sepanjang siri jelajah, menghimpunkan lebih 300 usahawan dan selebriti F&B daripada pelbagai latar belakang.

Selain itu, menampilkan hidangan warisan setiap negeri serta menu viral terkini, menyediakan zon mesra keluarga, persembahan artis popular dan pameran usahawan mikro serta PKS.

Menjadikan HFF sebagai festival makanan bersiri terbesar pernah dianjurkan di negara ini juga nilai tambah kepada kejayaan mereka.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This