6 cedera bas kilang alami masalah brek terbabas di selekoh bukit

Dari Penulis

ENAM pekerja dilaporkan cedera selepas bas kilang yang dinaiki mereka terbabas ketika menuruni jalan berbukit Jalan Paya Terubong, Ayer Itam dekat George Town pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada jam 7.24 pagi.

Susulan itu, seramai sepasukan lapan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong digegaskan ke lokasi kejadian.

“Sampai di lokasi, pasukan mendapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah bas kilang membawa pekerja kilang terbabas di selekoh jalan raya yang berbukit.

“Terdapat 30 penumpang termasuk pemandu di dalam bas itu dan enam pekerja cedera ringan, manakala yang lain selamat, pihak bomba sedang menjalankan kerja-kerja penyelamatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, beliau dilaporkan berkata punca kemalangan membabitkan bas jenis Nisan itu dipercayai mengalami masalah pada sistem brek.

Kata beliau lagi, kejadian berlaku ketika basyang membawa pekerja kilang itu dalam perjalanan membawa mereka pulang dari tempat kerja di Kampung Jawa ke Paya Terubong.

“Terdapat seramai 30 pekerja termasuk pemandu di dalam bas tersebut. Kesemua mangsa telah berjaya dikeluarkan dan seramai enam orang mengalami kecederaan ringan pada bahagian muka, tangan dan kaki.

“Baki 24 mangsa lagi dilaporkan berada dalam keadaan selamat. Mangsa yang cedera kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) untuk dibawa menerima rawatan di hospital,” katanya.

Menurut beliau, pasukan penyelamat menggunakan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan unit Emergency Medical Rescue Services (EMRS).


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Artemis Accords bukan untuk hantar rakyat Malaysia ke bulan

PENYERTAAN Malaysia dalam Artemis Accords bukan bertujuan untuk menghantar rakyat Malaysia ke bulan kerana program itu tidak bertujuan ke...

More Articles Like This