PEMINAT muzik Malaysia bakal disajikan dengan malam penuh magis dan emosi apabila penyanyi tersohor Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) kembali ke pentas Malaysia menerusi konsert “Eternal Love, Timeless Romance”, yang bakal berlangsung pada Sabtu, 27 September 2025 di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
Menambah keterujaan konsert istimewa ini ialah pengumuman terkini mengenai penyanyi muda berbakat dari Indonesia, Fajar Noor, yang disahkan sebagai artis jemputan istimewa pada malam tersebut. Kehadiran Fajar dijangka menghangatkan lagi pentas dengan vokal merdunya, apatah lagi selepas kemunculan sulungnya di Malaysia baru-baru ini menerusi single “Tahta Hatiku #Pendampingmu.”
Konsert ini bukan sekadar tentang BCL, tetapi turut menampilkan gabungan hebat bersama, Jaclyn Victor yang merupakan juara Malaysian Idol dengan vokal penuh jiwa, Dennis Lau, pemuzik dan pemain biola kontemporari tersohor dan Fajar Noor, artis baharu sensasi Indonesia yang kini mula menawan hati peminat Malaysia
Gabungan tiga negara Malaysia, Indonesia dan unsur antarabangsa melalui persembahan Dennis Lau, menjadikan malam itu bukan sekadar konsert, tetapi sebuah persembahan budaya dan cinta merentas sempadan.
Diskaun & Tawaran Eksklusif Untuk Peminat
Tiket konsert kini boleh didapati menerusi laman rasmi:
?️ www.ticket2u.com.my
Nikmati pelbagai tawaran menarik termasuk:
- Diskaun 10% untuk pembelian tiket dengan kod promosi:
- fajarlove atau bcl88sale
Diskaun penerbangan eksklusif dari Malaysia Airlines untuk pembeli tiket.
Diskaun Atome sehingga RM90 untuk bayaran ansuran mudah.
Konsert “Eternal Love, Timeless Romance” bukan sekadar persembahan muzik, tetapi juga sebuah malam yang mengangkat kisah cinta, kekuatan emosi dan keindahan kolaborasi antara nama-nama besar dalam industri muzik serantau.
Jangan lepaskan peluang menjadi sebahagian daripada pengalaman ini. Tempah tiket anda sekarang dan raikan malam penuh magis bersama BCL dan bintang-bintang hebat lain!

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

