Siasatan diambil alih Bukit Aman antara empat permohonan kami – Peguam ibu Zara Qairina

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENGAMBILALIHAN siasatan kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir oleh pasukan siasatan khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman merupakan salah satu daripada empat perkara yang dipohon pasukan peguam mewakili ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat, 45.

Dalam kenyataan bersama, peguam Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan dan Mohd Luqman Syazwan Zabidi memaklumkan, permohonan itu telah disampaikan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam surat bertarikh 5 Ogos lalu.

Selain pengambilalihan siasatan oleh Bukit Aman, kesemua peguam itu berkata, mereka telah membuat permohonan supaya kertas siasatan dikembalikan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan siasatan tersebut dibuka semula.

Menurut peguam-peguam berkenaan, mereka juga telah meminta supaya kubur Zara Qairina digali semula supaya bedah siasat dilakukan bagi menentukan punca sebenar kematian.

“Pada masa sama, kami juga memohon supaya satu inkues diadakan untuk menentukan sama ada wujud unsur jenayah dalam kematian Zara Qairina.

“Perkembangan positif ini diharap dapat merungkai isu kematian Zara Qairina dan seterusnya membuktikan bahawa wujud unsur jenayah yang telah menyebabkan kematian tersebut,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Buat masa ini, tiga daripada empat permohonan itu telah ditunaikan dengan hanya inkues belum diwujudkan.

Baca artikel lain: Bedah siasat Zara Qairina dijangka selesai selewatnya malam ini

Semalam, JSJ Bukit Aman menghantar satu pasukan siasatan khas ke Kontinjen Sabah bagi mengambil alih siasatan kes kematian Zara Qairina.

Pejabat Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) dalam kenyataannya berkata, sembilan pegawai dan anggota JSJ sudah dihantar ke Sabah.

Minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan siasatan terhadap kes Zara Qairina akan dijalankan secara telus tanpa ada tolak ansur dan mengarahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk M Kumar memantau sendiri kes berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan Zara Qairina ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah agama tempatnya belajar pada pagi 16 Julai lalu, sebelum disahkan meninggal dunia ketika dirawat di hospital keesokannya.

Kematian pelajar Tingkatan Satu itu mencetuskan perhatian meluas susulan dakwaan berlaku insiden buli membabitkan pelajar senior di sekolah berkenaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This