Peguam tertuduh mohon pakar psikiatri forensik nilai keadaan mental Zara Qairina

Dari Penulis

PEGUAM mewakili tertuduh remaja, Datuk Ram Singh memohon Mahkamah Koroner supaya membabitkan pakar psikiatri forensik bagi menilai keadaan mental Zara Qairina Mahathir dalam prosiding inkues kematian pelajar itu.

Katanya, faktor psikologi arwah perlu diberi perhatian kerana kejadian berlaku sekitar pukul 3 pagi di asrama sekolah dan membabitkan remaja berusia 13 tahun.

“Persoalan utama ialah apakah keadaan mental Zara pada masa itu dan mengapa arwah berada di koridor pada masa itu. Ini memerlukan kepakaran psikiatri forensik, bukan sekadar penilaian fizikal,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas prosiding inkues kematian Zara Qairina, petang tadi.

Menurut Ram Singh, keterangan saksi pakar patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu jelas menunjukkan bidang beliau hanya terhad kepada aspek perubatan kecederaan dan kesan jatuhan, bukan psikologi.

Baca artikel lain: Saifuddin kutuk perbuatan cederakan Ketua Polis Daerah Dang Wangi

“Mahkamah perlu melihat faktor menyeluruh, termasuk tekanan emosi atau isu lain yang mungkin mendorong arwah berada di lokasi itu.

“Justeru kami mohon mahkamah mendapatkan khidmat psikiatri forensik kerajaan untuk analisis lebih komprehensif,” katanya lagi.

Permohonan itu turut disokong peguam keluarga Zara Qairina yang menekankan pentingnya penilaian psikologi dibuat bagi melengkapkan keseluruhan gambaran insiden.

Koroner Amir Shah Amir Hassan kemudian mengambil maklum perkara itu dan menangguhkan keputusan untuk tindakan lanjut.

Prosiding hari ini turut menyaksikan simulasi menggunakan tiga patung bagi menggambarkan kemungkinan cara arwah jatuh dari bangunan asrama.

Hasil simulasi menunjukkan senario kedua iaitu patung dijatuhkan dalam keadaan berdiri lebih hampir dengan keadaan sebenar berdasarkan dapatan perubatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Agong titah KP SPRM laksana amanah penuh integriti

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan nasihat kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abdul Halim...

More Articles Like This