Malaysia zahir penghargaan sokongan konsisten Bangladesh terhadap isu pelarian Rohingya

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MALAYSIA menzahirkan penghargaan atas sokongan konsisten Bangladesh terhadap isu-isu kemanusiaan khususnya terkait pelarian Rohingya.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat dua hala dengan Ketua Penasihat Kerajaan Bangladesh, Prof Dr Muhammad Yunus, hari ini.

Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri menyifatkan mesyuarat dua hala antara delegasi negara masing-masing itu berjalan dengan penuh makna.

Menurut Anwar, mesyuarat tersebut bagi menilai kemajuan hubungan Malaysia dan Bangladesh.

Pada masa sama, kata beliau, perbincangan tersebut juga bagi meneroka bentuk kerjasama baharu yang dapat memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua negara.

“Perbincangan mencakupi pelbagai bidang utama termasuk perdagangan dan pelaburan, tenaga kerja, pendidikan, pelancongan, pertahanan serta pengukuhan kerjasama dalam ekosistem halal dan pertukaran budaya.

“Saya juga menzahirkan penghargaan atas sokongan konsisten Bangladesh terhadap isu-isu kemanusiaan, khususnya terkait pelarian Rohingya,” katanya dalam hantaran tersebut.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri memaklumkan beliau dan Muhammad Yunus turut menyaksikan pertukaran beberapa dokumen penting yang bakal membuka lembaran baharu hubungan dua hala, merangkumi bidang pertahanan, ekosistem halal, gas asli cecair (LNG) dan pendidikan tinggi.

Baca artikel lain: Lawatan Ketua Penasihat Bangladesh buka lembaran baharu kerjasama strategik – PM

Selain itu, katanya, pertukaran dokumen itu juga menyaksikan kerjasama strategik antara institusi penyelidikan dan komuniti perniagaan kedua-dua negara.

“Saya percaya hubungan akrab Malaysia dan Bangladesh ini akan terus terjalin berteraskan hormat, kepercayaan dan komitmen jitu untuk membawa kemajuan bersama.

“Bukan sahaja demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara, malah demi keamanan, kestabilan dan kemakmuran rantau ini,” katanya.

Malaysia dan Bangladesh hari ini memeterai lapan memorandum persefahaman (MoU) dan perjanjian bagi memperkukuh hubungan dua hala merangkumi pelbagai sektor, termasuk pertahanan, tenaga, pendidikan tinggi, diplomasi, pembangunan halal dan kerjasama sektor swasta.

Lawatan Muhammad Yunus itu menandakan langkah penting dalam memperkukuh hubungan Malaysia-Bangladesh menyaksikan kedua-dua pihak menyatakan komitmen untuk memajukan kerjasama dalam perdagangan, pelaburan, pembangunan modal insan dan pertukaran budaya.

Terdahulu, penerima Hadiah Nobel Keamanan itu yang dalam lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia, diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra.

Pada 2024, jumlah dagangan antara Malaysia dan Bangladesh mencecah RM13.35 bilion (USD2.92 bilion), meningkat sebanyak 5.1 peratus berbanding 2023.

Bangladesh rakan dagang kedua terbesar dan destinasi eksport kedua terbesar Malaysia di Asia Selatan. Eksport utama Malaysia ke Bangladesh termasuk produk petroleum, minyak sawit dan bahan kimia manakala import terdiri daripada tekstil, kasut, produk petroleum dan barangan keluaran kilang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This