Jenama minuman teh inovatif, MOMOYO meraikan sambutan Hari Kemerdekaan ke-68 dengan memperkenalkan aiskrim YoFlip BATIK Edisi Terhad, aiskrim boleh diterbalikkan pertama di Malaysia yang menggabungkan keseronokan, citarasa berkrim dan warisan budaya.
Kolaborasi bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) ini turut menampilkan YoFlip BATIK dengan rekaan cawan istimewa bercorak batik yang melambangkan seni tradisional yang penuh identiti Malaysia.

Pengurus Besar MOMOYO Malaysia, Alex Tan berkata, rekaan cawan diinspirasikan daripada warisan batik ikonik Malaysia, menggabungkan keseronokan, kelembutan berkrim dan kebanggaan budaya dalam satu sajian mudah alih.
“Kerjasama ini bukan sekadar aiskrim, ia adalah tentang meraikan kreativiti, warisan budaya serta semangat perpaduan dalam satu cawan yang boleh digenggam, dibalikkan dan dinikmati,” kata Alex Tan.
Keunikan YoFlip terletak pada konsep cawan boleh diterbalikkan tanpa tumpah, memberi kejutan menyeronokkan setiap kali dinikmati.
Sejak menjejakkan kaki ke pasaran Malaysia pada April 2024, MOMOYO berkembang pesat dengan lebih 150 cawangan di seluruh negara. MOMOYO mensasarkan 250 cawangan menjelang 2025 dan matlamat jangka panjang untuk mencapai 600 cawangan di bandar utama seluruh Malaysia.

Dengan harga mesra poket antara RM5 hingga RM10, MOMOYO mengekalkan kualiti menggunakan buah-buahan segar, pensijilan Halal, serta menyokong tenaga kerja tempatan dengan 99 peratus kakitangan rakyat Malaysia.
Selain YoFlip, MOMOYO bakal melancarkan enam hingga lapan produk baharu setiap tahun, termasuk variasi ‘kegemaran rakyat Malaysia’ seperti kopi putih, teh buah durian, aiskrim Milo dan minuman ais limau. Malah, produk bakeri juga dalam perancangan untuk menambah kepelbagaian menu.
Bagi mereka yang berminat menyertai keluarga MOMOYO, jenama ini menawarkan pakej francais menyeluruh daripada rantaian bekalan, latihan sistematik, reka bentuk cawangan hingga integrasi platform penghantaran.
Kos permulaan yang berpatutan memberi peluang kepada lebih ramai usahawan untuk bersama mengembangkan jenama ini.
YoFlip BATIK Edisi Terhad akan berada di semua cawangan MOMOYO mulai 29 Ogos 2025 sementara stok masih ada. Jangan lepaskan peluang untuk merasai gabungan kemerdekaan, batik dan kesegaran berkrim dalam satu hidangan unik.

