SUASANA menyambut Lebaran tahun ini nampaknya bakal menjadi lebih ‘cool’ dan bertenaga!
Jenama minuman teh inovatif yang kian mendapat tempat di hati anak muda, MOMOYO, baru-baru ini telah mencetuskan fenomena tersendiri apabila menganjurkan majlis “Majlis Berbuka Puasa with MOMOYO” yang cukup meriah bertempat di WFactory, Shah Alam.
Majlis yang diadakan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) itu bukan sekadar majlis berbuka puasa biasa, malah menjadi saksi kepada pelancaran produk terbaharu yang sangat unik, iaitu DINO Series.

Tidak cukup dengan itu, MOMOYO turut memberikan kejutan buat peminat seni tanah air dengan melancarkan lagu Raya terbaharu berjudul Raya Lebih Cool.
Kemuncak acara malam tersebut pastinya tertumpu kepada persembahan bertenaga dua bintang muda popular, Ismail Izzani dan Layla Sania.
Kedua-dua penyanyi ini bukan sahaja menghiburkan tetamu, malah mereka merupakan wajah di sebalik lagu raya yang kini sedang hangat diperkatakan.
Sesuai dengan imej jenama yang sentiasa ceria, lagu raya tersebut membawakan rentak moden yang cukup menangkap telinga (catchy).
Malah, impaknya sudah mula terasa di alam maya apabila hashtag #MOMOYORayaLebihCool dan #MOMOYO mula tular serta trending di serata platform media sosial, sekali gus menjadikan ia sebagai jenama minuman paling ‘panas’ musim ini.
Bercakap mengenai produk, DINO Series yang diperkenalkan membawa identiti kreatif ke tahap yang lebih tinggi.
Diinspirasikan daripada elemen koko dan dinosaur, siri ini bukan sekadar minuman lazat, tetapi turut menampilkan reka bentuk tear-cup yang menyeronokkan.
Pelanggan bukan sahaja dapat menikmati kesegaran minuman, malah merasai elemen interaksi dan kejutan yang jarang ditemui pada jenama lain.
Pengurus Besar, Alex Tan, menjelaskan bahawa setiap produk yang dihasilkan adalah demi kepuasan dan kegembiraan pelanggan setianya.

“Bagi kami, kolaborasi dan pelancaran ini melangkaui soal jualan minuman semata-mata.
“Menerusi setiap naskhah kreatif yang kami hasilkan, besar harapan kami agar dapat menyebarkan lebih banyak keceriaan dan kebahagiaan kepada pelanggan.
“Kami mahu setiap hirupan minuman kami memberikan pengalaman yang bermakna buat mereka,” katanya.
Di sebalik kemeriahan pelancaran produk dan lagu raya, pihak mereka tetap tidak melupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Dalam majlis yang sama, mereka telah menyumbangkan sebanyak RM1,888 kepada organisasi SHUT (Stop Human Trafficking).
Langkah murni ini diambil bagi menyokong usaha membanteras jenayah pemerdagangan manusia serta meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu kritikal tersebut.
MOMOYO, yang membawa maksud “More and More Young”, kini sedang memacu langkah agresif dalam dunia perniagaan.
Dengan rekod pencapaian lebih 1,500 kedai di seluruh Asia, jenama yang terkenal dengan gaya dopamine ini mensasarkan pembukaan sehingga 600 cawangan di seluruh negara dalam masa terdekat.
Dengan kos permulaan yang mampu milik serta sistem latihan profesional yang memenuhi standard industri, jenama itu kini turut membuka peluang francais kepada orang ramai yang berminat untuk menyertai keluarga besar mereka.
Berpegang kepada prinsip “Real Food, Real Taste”, MOMOYO sedia untuk terus mendominasi pasaran teh buah segar dan aiskrim di Malaysia.

