IPRM perkukuh akreditasi pengamal PR, fokus tingkatkan piawaian industri

Dari Penulis

Institut Perhubungan Awam Malaysia (IPRM) menyeru lebih ramai pengamal perhubungan awam (PR) mendapatkan akreditasi profesional sebagai usaha memperkukuh kredibiliti dan meningkatkan piawaian industri itu di negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Akreditasi IPRM, Profesor Datuk Sri Dr. Syed Arabi Idid berkata, akreditasi yang dikenali sebagai Accredited in Public Relations (APR) menjadi penanda aras penting kerana ia membuktikan seorang pengamal memenuhi tahap pengetahuan, etika dan kemahiran strategi yang tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Akreditasi IPRM, Profesor Datuk Sri Dr. Syed Arabi Idid.

“Apabila seorang pengamal PR mendapatkan akreditasi, secara tidak langsung mereka mengukuhkan lagi kerjaya dan meningkatkan keyakinan kepada seluruh industri. Sejak 50 tahun lalu, IPRM konsisten menetapkan piawaian ini, sama seperti badan profesional di Singapura, Indonesia dan Filipina,” katanya.

Timbalan Pengerusi Lembaga Akreditasi IPRM, Doris Lim.

Sementara itu, jelas Timbalan Pengerusi Lembaga Akreditasi IPRM, Doris Lim, akreditasi melambangkan komitmen terhadap standard tertinggi profesion perhubungan awam.

“Sebagai seseorang yang pernah berkhidmat di agensi, mengajar pelajar, menyumbang dalam NGO serta menjadi ahli panel akreditasi, saya melihat sendiri bagaimana akreditasi dapat meningkatkan nilai individu dan industri.

“Paling penting, ia memberi keyakinan kepada pengamal untuk memimpin dengan kredibiliti serta menyumbang kembali secara bermakna kepada masyarakat,” katanya.

Akreditasi ini bukan sahaja memberi nilai tambah kepada individu, malah turut memperkukuh reputasi organisasi tempat mereka berkhidmat. Lebih penting, ia membantu meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap profesion PR secara keseluruhannya.

Untuk mendapatkan APR, calon perlu menjadi ahli IPRM terlebih dahulu, menghantar permohonan lengkap dan melalui penilaian kes kajian serta temu duga bersama panel pengamal kanan.

Permohonan untuk sesi akreditasi tahun ini kini dibuka sehingga 12 September, manakala sesi temu duga akan dijalankan pada 22 September. Majlis Penganugerahan Akreditasi dijadual berlangsung pada Oktober depan.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui laman web rasmi IPRM, iprm.org.my.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Telefon di tangan, anak di pinggiran

Oleh : Dr Mohd Afifuddin Mohamad DI sebuah restoran, seorang ayah duduk bersama isteri dan anak-anaknya. Makanan terhidang cantik di...

More Articles Like This