Rentak Berbeza, Sajian Sama: Saji rai keharmonian Malaysia di meja makan

Dari Penulis

Meraikan kepelbagaian budaya, muzik dan makanan yang menjadi nadi kehidupan rakyat Malaysia, SAJI melancarkan kempen SAJI Terima Kasih Malaysia (STKM) bertemakan ‘Rentak yang Berbeza, Sajian yang Sama’.

Tema Rentak & Sajian dipilih sebagai simbol perpaduan rakyat Malaysia di mana walaupun datang daripada latar belakang berbeza, kepelbagaian itulah yang menjadikan Malaysia cukup istimewa.

Seperti sajian yang hanya sempurna dengan pelbagai rasa, kempen ini menekankan bahawa keharmonian lahir apabila kita saling menerima perbezaan.

Lebih menarik, kempen ini diperkasa dengan video muzikal menampilkan Khayrisha Kemal dan Zalif Sidek, bersama lagu tema baharu dendangan Liyashu. Lagu ini bukan sekadar hiburan semata-mata, sebaliknya menjadi medium penyatu jiwa rakyat.

Kempen SAJI Terima Kasih Malaysia Rentak & Sajian bukan sahaja meraikan kepelbagaian kaum, agama dan citarasa, malah turut menyantuni mereka yang kurang bernasib baik.

Menerusi program Ziarah Kasih, SAJI menyalurkan sumbangan sebanyak RM1,000 bersama produk SAJI bernilai RM200 kepada 11 orang asnaf. Pada masa yang sama, SAJI turut menghadiahkan baucar tunai bernilai RM50 kepada 1000 penerima terawal untuk mendapatkan produk SAJI, sebagai tanda penghargaan atas sokongan pengguna setia.

Usaha ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan melalui inisiatif SAJI Seikhlas Hati dalam melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat.

Kempen STKM 2025 membuka tirai di Kompleks Komuniti & Sukan Felda Palong 6 pada 16 hingga 17 Ogos sempena Majlis Sentuhan Madani Felda & Jempol Agrofest.

Kempen ini akan diteruskan ke ibu negara dari 25 hingga 31 Ogos 2025, bersempena sambutan Malam Ambang Merdeka di Fahrenheit, Bukit Bintang. Warga kota bakal dihiburkan dengan kehadiran selebriti tanah air serta pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga.

Dilancarkan sejak 2023, STKM merupakan inisiatif tahunan jenama SAJI sebagai tanda penghargaan buat rakyat Malaysia yang terus setia menyokong produk keluaran FGV.

Tepat bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, kempen ini sekali lagi menegaskan peranan SAJI sebagai jenama yang dekat di hati pengguna.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2000, SAJI berkembang daripada sekadar minyak masak kepada pelbagai produk pilihan isi rumah seperti krimer, mi segera, sos masakan, santan dan banyak lagi. Dengan kualiti tinggi pada harga berpatutan, SAJI menjadi rakan kulinari yang memudahkan keluarga berkongsi hidangan penuh rasa. Bagi mereka, kepelbagaian cita rasa itu bukan sekadar tentang makanan, tetapi lambang keharmonian yang menyatukan rakyat Malaysia.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gen Z tidak miskin pendapatan tetapi bergelut dalam realiti kehidupan

Felo Penyelidik Pasca Doktoral di Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz (UAC), Universiti Malaya, Dr. Nik Zirwatul Fatihah. Pensyarah Kanan di...

More Articles Like This