DALAM suasana dunia yang penuh cabaran, umat Islam harus kembali kepada ajaran Rasulullah SAW dengan menghidupkan sunnahnya dalam keluarga, masyarakat dan negara.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, hormati sesama insan, jauhilah perpecahan dan semaikan kasih sayang serta persaudaraan.
“Semoga dengan mencontohi peribadi Rasulullah SAW, kita menjadi umat yang berakhlak mulia, beriman teguh dan mampu menyumbang kepada kesejahteraan ummah dan negara,” titah baginda menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Pada masa sama, baginda dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1447 Hijrah kepada seluruh umat Islam.
“Baginda bersyukur kerana seluruh rakyat diberi kesempatan untuk meraikan Maulidur Rasul, satu peristiwa penuh makna yang mengingatkan kita kepada kelahiran insan agung, pembawa rahmat ke seluruh alam.
Baca artikel lain: Anjing serang kanak-kanak disahkan anjing liar – Polis
“Sambutan ini bukan sekadar mengingati tarikh kelahiran Junjungan Besar kita, tetapi lebih penting untuk meneladani akhlak, peribadi dan perjuangan Rasulullah SAW.
“Rasulullah SAW telah menunjukkan contoh teladan terbaik dalam semua aspek kehidupan termasuk sebagai seorang pemimpin, pendidik, suami, bapa dan juga sahabat,” titah baginda lagi.
Sultan Sharafuddin turut menitipkan pesanan agar memperbanyakkan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW sebagai tanda cinta dan penghormatan kepada baginda.
“Mudah-mudahan Allah SWT mengurniakan kita syafaat baginda di hari akhirat kelak. Salam Maulidur Rasul,” titah baginda.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

