Anjung Malaysiaku Foodies Fiesta 2025 rai Hari Malaysia dengan pesta budaya makanan. Sasar 100,000 pengunjung

Dari Penulis

Anjung Malaysiaku Foodies Fiesta 2025 dijangka menarik lebih 100,000 pengunjung apabila berlangsung selama lima hari bermula 12 hingga 16 September ini di Parkir Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Penganjur, Raydiates Blue Sdn. Bhd. memaklumkan, lebih 200 usahawan dari pelbagai segmen termasuk makanan, hiburan dan gaya hidup akan menyertai karnival yang diadakan bersempena sambutan Hari Malaysia.

Pengarah Urusan, Rayme Zainal berkata, sambutan yang diterima amat menggalakkan dengan sebahagian besar lot niaga telah ditempah lebih awal.

“Setiap usahawan disasarkan mampu meraih antara RM5,000 hingga RM10,000 hasil jualan sepanjang karnival. Berdasarkan perkembangan semasa, kami yakin semua lot niaga akan habis ditempah sebelum festival bermula,” katanya pada Majlis Pelancaran Anjung Malaysiaku Foodies Fiesta 2025 di MiCasa All Suites Hotel.

Festival yang diadakan bersempena Hari Malaysia pada 16 September ini bukan sekadar pesta makanan, malah bertujuan memperkukuh semangat perpaduan rakyat pelbagai kaum melalui platform hiburan, budaya dan keusahawanan.

Antara tarikan utama ialah Fun Run Anjung Malaysiaku Foodies Fiesta 2025 pada 16 September dengan penyertaan lebih 1,000 peserta. Acara tersebut dijangka lebih meriah dengan kehadiran Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza selain sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Festival itu turut diserikan dengan Konsert Ambang Hari Malaysia yang menampilkan artis popular antaranya Aina Abdul, Khai Bahar, Hazama, Amylea Adnan, ALPHA Big Stage serta juara Raising The Star, Didie Shazry.

Pelbagai pengisian lain disediakan termasuk ceramah motivasi, rakaman podcast, persembahan budaya, aktiviti interaktif dan zumba.

Pengarah Urusan Raydiates Blue Sdn. Bhd, Rayme Zainal.

Rayme menegaskan festival itu bukan hanya bersifat komersial, sebaliknya berfungsi sebagai wadah memperkasa usahawan tempatan serta mengangkat budaya Malaysia.

“Kami mahu menjadikan festival ini sebagai ruang komuniti untuk mengeratkan hubungan antara peniaga, pengunjung dan masyarakat umum, selari dengan semangat Hari Malaysia,” katanya.

Bagi kemudahan orang ramai, akses mudah melalui LRT Stesen Bukit Jalil disediakan selain kawasan parkir luas di sekitar lokasi.

Mengangkat tema ‘Budaya, Makanan, Perpaduan & Usahawan’, Anjung Malaysiaku Foodies Fiesta 2025 menjadi simbol penyatuan rakyat, budaya dan keusahawanan dalam meraikan Hari Malaysia.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Patutlah Sentiasa Berseri! Rahsia ‘DNA Ikan Salmon’ Scha Alyahya Akhirnya Terbongkar

SIAPA sahaja yang tidak terpesona melihat kejelitaan rupa paras dan sosok tubuh pelakon serta ikon fesyen tersohor, Scha Alyahya?  Walaupun...

More Articles Like This