Sekutu Trump, Charlie Kirk maut ditembak di Utah

Dari Penulis

AKTIVIS politik konservatif Amerika Syarikat (AS) yang juga sekutu kepada Presiden Donald Trump, Charlie Kirk dilapor maut selepas ditembak dalam satu acara yang diadakan di sebuah universiti di Utah.

Kirk, 31, dilapor telah ditembak di bahagian leher dalam kejadian yang disifatkan sebagai pembunuhan politik.

Dalam hantaran di media sosial, Trump telah mengarahkan semua bendera kerajaan AS dikibarkan separuh tiang sehingga Ahad sebagai penghormatan kepada Kirk.

“Tiada siapa yang lebih memahami dan dekat dengan hati generasi muda di Amerika Syarikat selain Charlie. Beliau disayangi dan dikagumi semua orang, termasuk saya.

“Kini, beliau tidak lagi bersama kita. Saya dan Melania merakamkan ucapan takziah kepada isterinya, Erika, serta seluruh keluarga. Charlie, kami menyayangimu,” kata Trump.

Baca artikel lain: Trump, Jinping dijangka hadir Sidang Kemuncak ASEAN – Anwar

Memetik laporan Reuters, pihak berkuasa AS masih belum mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kejadian itu selepas enam jam serangan dilakukan.

Bagaimanapun, Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Kash Patel memaklumkan seorang ‘subjek’ yang tidak dinamakan telah ditahan untuk siasatan tetapi telah dibebaskan.

“Siasatan diteruskan dan kami akan terus memberi maklumat yang telus demi kepentingan semua,” katanya dalam media sosial.

Beberapa klip video yang dirakam menggunakan telefon bimbit memaparkan kejadian itu tular di media sosial.

Ketika kejadian, Kirk yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama organisasi belia konservatif Turning Point USA sedang bercakap di hadapan umum di luar Universiti Utah Valley sekitar pukul 12.20 tengah hari.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This