Farid Kamil buka kedai motor elektrik, rancang tembusi pasaran motor EV dengan NeoFK

Dari Penulis

Daripada berkarya di layar perak, pelakon Farid Kamil kini memulakan langkah baru pula dengan membuka kedai motosikal elektrik (EV) miliknya sendiri.

Figura dunia hiburan ini mengambil langkah berani untuk terjun ke dalam industri automotif hijau tanah air melalui penjualan motor EV menggunakan jenamanya sendiri, NeoFK.

Majlis pelancaran kedai yang terletak di Seria 88 Business Center di Setia Alam itu telah dirasmikan sendiri oleh Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari.

Sebagai ikon hiburan tanah air, langkah Farid Kamil untuk menyertai industri ini adalah simbol kepada peralihan Malaysia menuju gaya hidup hijau. Farid turut memberitahu sambutan menggalakkan yang diterima dan mensasarkan jualan lebih 1,000 unit motor EV dalam masa empat bulan selepas pelancaran.

“Kita juga telah mengenal pasti potensi pasaran baru di Kelantan. Permintaan di negeri itu sudah mencecah sekitar 100 unit. Jadi, kita dalam perancangan untuk membuka cawangan NeoFK di sana dalam tahun ini juga,” ujar Farid.

Dalam ucapannya, Menteri Besar Selangor menegaskan bahawa transformasi ke arah ekonomi hijau bukanlah pilihan sampingan, sebaliknya satu keperluan untuk memastikan Malaysia terus kompetitif di peringkat global.

“Kerajaan tidak boleh bekerja sendirian. Industri dan rakyat mesti sama-sama memainkan peranan. Cuba kita lihat bandar-bandar besar di China seperti Shanghai dan Beijing, lebih 70% motosikal di sana menggunakan kuasa elektrik. Ini satu inspirasi yang boleh kita contohi dan capai dengan kerjasama semua pihak,” ujar YAB Dato’ Seri Amiruddin sewaktu berucap dalam majlis perasmian NeoFK baru-baru ini.

Tambahnya, kerajaan juga melihat inisiatif seperti ini sebagai salah satu strategi untuk mengurangkan karbon, meningkatkan daya saing ekonomi dan membuka peluang pekerjaan.

Motosikal EV keluaran GGR x NeoFK tampil dengan ciri mesra pengguna. Hadir dengan tiga mod kelajuan sehingga mencecah 70 km/j, bateri mengambil masa enam jam untuk dicas penuh.

Kos selenggara pula lebih murah berbanding motosikal konvensional kerana tidak memerlukan servis enjin berkala. Apa yang penting adalah selenggara tayar dan casing bateri. Segala alat ganti atau penyelanggaraan turut disediakan di kedai ini supaya pelanggan terus mendapat sokongan selepas jualan.

Motosikal EV NeoFK ini ditawarkan pada harga asal RM3,999 seunit. Namun, kini ada rebat kerajaan yang berlangsung sehingga Disember tahun ini. Pembeli yang layak akan menikmati rebat sebanyak RM2,400. Bermakna harga motor ini selepas potongan hanyalah sekitar RM1,599 sahaja.

“Harga motosikal elektrik ini selepas rebat kerajaan hanyalah sekitar RM1,599 saja, ia benar-benar mampu milik. Saya percaya inilah masanya rakyat Malaysia mula beralih kepada kenderaan elektrik. Sasaran kami bukan sahaja dari sudut jualan, tetapi juga membina satu gaya hidup baharu iaitu gaya hidup hijau,” kata Farid yang teruja dengan perniagaan barunya ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This