Rumah Tanpa Luka, dedah realiti anak istimewa yang dibuang keluarga

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SEBUAH lagi drama sarat emosi dan menyentuh isu masyarakat kini menemui penonton menerusi siaran Astro Ria mulai 1 September lalu. 

Drama bertajuk Rumah Tanpa Luka, terbitan Suhan Movies & Trading dan BamBam Studios, disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam dan turut boleh distrim melalui Astro Go dan Sooka.

Yang menjadikan drama ini begitu istimewa adalah keberaniannya mengetengahkan watak utama kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) kategori Sindrom Down, satu subjek yang jarang diberi perhatian dalam drama tempatan arus perdana.

Drama ini turut membawakan tema tanggungjawab berat yang digalas anak perempuan sulung dalam keluarga, menjadikannya naskhah yang sangat dekat dengan realiti masyarakat.

Di bawah arahan Nur Ain Sharif, drama ini menampilkan Erysha Emyra, Shukri Yahya dan Nadhir Nasar sebagai teraju utama. 

Namun, tumpuan utama semestinya terarah kepada Naura Arissa, pelakon cilik istimewa yang membawakan watak Rose Ameena, seorang anak Down Syndrome yang tidak diingini ibu bapanya, malah dianggap sebagai pembawa malang.

Rose digambarkan sebagai kanak-kanak yang tabah, penuh kasih sayang, namun sering dibuli dan dipinggirkan. 

Dia hanya mempunyai seorang kawan sejati, Dewi, yang setia bersamanya.

Menurut Shukri , bekerja bersama pelakon istimewa seperti Naura adalah pengalaman bermakna dan langsung tidak membebankan.

“Mula-mula saya sangka akan ada cabaran, tapi sebenarnya sangat mudah. 

“Dia sangat memberi, dan kita cuma perlu pastikan dia tidak terkejut atau takut. Dia sangat manja, sangat seronok di set,” katanya.

Nadhir Nasar turut berkongsi pandangan yang sama, menyifatkan pengalaman itu sebagai satu berkat.

“Saya habiskan banyak masa dengan Naura. Bila dia dah selesa dengan kita, dia tahu bila nak ‘action’, bila nak ‘cut’.

“Dia faham ‘timing’ kita di set. Ia satu pengalaman yang sangat bermakna,” ujarnya.

Satu lagi elemen menarik dalam Rumah Tanpa Luka adalah watak dua lelaki utama yang mewakili dua spektrum berbeza: “green flag” dan “red flag”.

Shukri membawa watak Qiuzi, seorang mekanik yang memiliki lima bengkel namun hidup dengan rendah diri.

“Selalunya kita tengok watak lelaki yang toksik, pukul isteri, atau penipu. Tapi Qiuzi ni sebaliknya, dia ‘green flag’. 

“Humble, setia, susah nak mengorat perempuan sebab dia jujur dan bersahaja. Dia ‘cool’ tanpa perlu menunjuk,” kata Shukri.

Sebaliknya, Nadhir tampil sebagai Hayden Hayyan, satu watak antagonis yang digambarkan sebagai “red flag”, namun sebenarnya memiliki sisi bertanggungjawab yang tersendiri.

“Hayden ni selalu dianggap ‘red flag’ sebab dia sangat emosional. Tapi dia sebenarnya sangat bertanggungjawab, terutamanya kepada keluarga.

“Dia anak emak yang kuat pengaruh keluarga. Wataknya penuh lapisan dan sukar dijangka,” jelas Nadhir.

Rumah Tanpa Luka menjanjikan perjalanan emosi yang mendalam buat penonton. Setiap episod membawa penonton lebih dekat kepada pergolakan perasaan seorang ibu, anak-anak yang ditinggalkan, dan konflik hati antara kasih, pengorbanan, dan luka yang tak kelihatan.

Dalam kepayahan hidup, Kalsum tetap setia menjaga Rose Ameena biarpun dirinya dibuang keluarga. 

Kehadiran Qiuzi memberi sinar baharu dalam hidupnya, namun segalanya berubah apabila Hayden Hayyan, jejaka penuh dendam dan luka silam, kembali dalam hidup mereka.

Barisan Pelakon:

  • Erysha Emyra sebagai Kalsum
  • Shukri Yahya sebagai Qiuzi
  • Nadhir Nasar sebagai Hayden Hayyan
  • Naura Arissa sebagai Rose Ameena
  • Hajjar sebagai Dahlia
  • Kismah Johar sebagai Nek Rogayah
  • Ziela Jalil sebagai Datin Normala
  • Syean Mokhtar sebagai Dato Zaidi
  • Hafreez Adam sebagai Amril
  • Yuna Rahim sebagai Naira
  • Hanan Adraa sebagai Dewi
  • Zaefrul Nordin sebagai En. Ibrahim
  • Aziz M. Osman sebagai Pak Yasir
  • Rasya Dean sebagai Syakira
  • Raja Azmi sebagai Hajah Kamilah

Rumah Tanpa Luka adalah sebuah drama yang membuka mata, menyentuh hati dan mengangkat suara anak-anak istimewa yang sering terpinggir. 

Saksikan drama ini setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria atau strim bila-bila masa di Astro GO dan Sooka.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Air mata Che Ta gugur iringi pernikahan anak sulung, titip nasihat rumah tangga

SUASANA penuh syahdu bersulami linangan air mata gembira mengiringi detik bersejarah buat keluarga aktres Rozita Che Wan, apabila anak...

More Articles Like This