Kesihatan Seksual Lelaki Perlu Diberi Perhatian Serius – Pakar

Dari Penulis

MASALAH kesihatan seksual lelaki, termasuk mati pucuk (Erectile Dysfunction, ED) dan pancut awal (Premature Ejaculation, PE), semakin mendapat perhatian apabila ia bukan sahaja menjejaskan keyakinan diri, malah turut memberi kesan kepada keharmonian rumah tangga serta kesejahteraan keluarga.

Kajian antarabangsa mendapati dua daripada tiga lelaki berisiko mengalami masalah ini sepanjang hayat, namun masih ramai memilih untuk berdiam diri kerana berasa malu.

Pengarah Urusan HIM Wellness, Dr. Ahmad Samhan, berkata isu berkenaan bukan lagi boleh dianggap remeh kerana ia memberi kesan menyeluruh terhadap institusi keluarga dan masyarakat.

“Kesihatan seksual lelaki bukan sekadar isu individu, tetapi memberi kesan kepada keluarga dan masyarakat. Apabila lelaki sihat, rumah tangga lebih bahagia, dan produktiviti hidup turut meningkat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Seminar Pengukuhan dan Sambutan Bulan Kesedaran Kesihatan Lelaki anjuran Klinik Kesihatan Sungai Besi dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut Dr. Ahmad, masalah ED dan PE berpunca daripada pelbagai faktor seperti penyakit kronik (tekanan darah tinggi, kencing manis), tahap hormon rendah, selain gaya hidup tidak sihat termasuk stres dan merokok.

Katanya, berita baiknya adalah rawatan tersedia dalam pelbagai bentuk, antaranya:

• rawatan moden shockwave yang membantu memulihkan aliran darah zakar,

• senaman kegel serta teknik kawalan diri,

• pengambilan makanan tambahan berdaftar yang selamat.

Dr. Ahmad turut menekankan keperluan masyarakat memecahkan stigma terhadap isu kesihatan seksual lelaki yang sering dianggap taboo.

“Program ini menjadi platform untuk mengubah persepsi bahawa kesihatan lelaki adalah sebahagian penting daripada kesihatan keluarga dan negara,” ujarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mahu Menang Jongkong Emas Fizikal? Ini Cara Sertai Peraduan Ulang Tahun Ke-14 JustMarkets

PLATFORM JustMarkets mengumumkan pelancaran peraduan mega Great Anniversary Contest sempena sambutan ulang tahun penubuhannya yang ke-14.  Kempen gergasi yang menawarkan...

More Articles Like This