KERAJAAN bersetuju untuk menubuhkan Suruhanjaya Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam usaha memperkukuhkan ekosistem bidang pelajaran tersebut di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, cadangan mewujudkan suruhanjaya tersebut lahir daripada siri perbincangan termasuk dalam Pemukiman Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 dan dokumen Rancangan Malaysia Ke-13.
“Hari ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis TVET Negara (MTVET) Bil. 2/2025 yang memberi tumpuan kepada pembentangan cadangan skop, fungsi dan struktur penubuhan Suruhanjaya TVET.
Baca artikel lain: UtusanTV, SPRM bincang hala tuju pencegahan rasuah
“Penubuhan Suruhanjaya TVET ini bakal menjadi langkah penting dalam memastikan TVET benar-benar menjadi pilihan utama pendidikan dan laluan kerjaya, bukan lagi sekadar pilihan alternatif,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Pada masa sama, beliau yakin usaha ini akan membuka ruang lebih besar kepada pembangunan bakat berkemahiran tinggi, seiring keperluan industri semasa dan masa depan.
“Insya-Allah, dengan sokongan semua pihak, Malaysia mampu muncul sebagai hab TVET serantau menjelang 2030. Inilah masa depan yang kita bentuk bersama demi negara Malaysia yang kita cintai ini,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

