UtusanTV, SPRM bincang hala tuju pencegahan rasuah

Dari Penulis

UTUSANTV, portal berita yang memiliki jumlah pengikut tertinggi di platform TikTok, mengadakan sesi perbincangan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai aspek pencegahan jenayah.

Sesi itu disertai Ketua Pengarang UtusanTV, Metra Syahril Mohamed bersama Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM, Hisyam Mohd Yusoff.

Selain sesi berkenaan, kedua-dua pihak turut berbincang mengenai kerjasama strategik yang boleh dijalinkan khususnya dalam mendidik generasi muda untuk menolak sebarang aktiviti rasuah.

Sesi turut disertai Penolong Pengarah Kanan Bahagian Komunikasi Strategik SPRM, Mohd Azam Shah Yaacob dan Marinna Azman.

UtusanTV pula disertai Pengarang Majalah, Rosmarlinda Kamarudin dan Pengurus Editorial, Nurfarahin Mohamad.

Selain aspek pencegahan, UtusanTV turut mengetengahkan beberapa kerjasama lain yang boleh dilibatkan bersama SPRM termasuk program-program yang bakal dilaksanakan tahun depan.

Ketika ini UtusanTV di bawah pentadbiran Metra Syahril yang baharu dilantik sebagai Ketua Pengarang berkuat kuasa 1 Ogos lalu giat menjalin hubungan bersama badan korporat, menjurus kepada kerjasama strategik.

Menjelang 2026, pelbagai program dirangka untuk dilaksanakan bagi meningkatkan imej serta jenama UtusanTV termasuk penglibatan serta sokongan sektor korporat.

UtusanTV kini merupakan media arus perdana nombor satu di platform media sosial TikTok dengan jumlah pengikut seramai 5.6 juta orang.

UtusanTV juga terus mengukuhkan kedudukan di media sosial lain seperti Facebook (147,000 pengikut), Instagram (128,000 pengikut) dan Telegram (64,000 pengikut).

Dengan hampir 6 juta pengikut terkumpul di semua platform media sosial, UtusanTV kini menjadi pilihan utama rakyat Malaysia untuk mendapatkan berita terkini yang sahih dan tepat.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This