KIRA-KIRA 550 unit sistem kamera litar tertutup (CCTV) berteknologi tinggi akan dipasang di kesemua 18 fasiliti lokap berpusat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di seluruh negara.
Ketua Pengarah AADK, Datuk Ruslin Jusoh memaklumkan, pemasangan CCTV teknologi tinggi itu bertujuan meningkatkan ketelusan pengoperasian di samping mencegah insiden tidak diingini.
Pada masa sama, kata beliau, pemasangan CCTV teknologi tinggi itu juga penting bagi meminimumkan kesilapan manusia serta mengadaptasi teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI) untuk pengawasan lebih cekap.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas keprihatinan meluluskan pelaksanaan pemasangan CCTV itu.
“Projek ini adalah sebagai langkah pencegahan bagi memastikan semua tahanan di lokap AADK berada dalam keadaan selamat dan hak asasi mereka terpelihara.
“Ini selaras dengan piawaian yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan standard antarabangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel lain: Kerajaan setuju laksana CCTV teknologi tinggi di pusat tahanan APMM, lokap AADK – PM
Mengulas lanjut, Ruslin berkata, langkah itu juga menunjukkan kesungguhan Kerajaan MADANI khususnya Kementerian Dalam negeri dalam memodenkan fasiliti tahanan AADK serta memastikan keselamatan dan pengurusan tahanan dijalankan dengan penuh integriti.
“Usaha ini juga selaras dengan pindaan Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983 yang telah dikuat kuasa pada 22 Ogos lalu,” katanya.
Terdahulu, Perdana Menteri memaklumkan kerajaan bersetuju melaksanakan CCTV berteknologi tinggi di pusat tahanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan lokap AADK seluruh negara.
Persetujuan itu dicapai menerusi mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) Siri 7 yang dipengerusikan Anwar, semalam.
Anwar berkata, pelaksanaan CCTV berteknologi tinggi itu merupakan inisiatif strategik kerajaan selaras dengan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

