PENGENDALI berasal dari Jepun, Katsuhito Kinoshi menjadi jurulatih Liga Super pertama yang direhatkan bagi musim ini.
Ia selepas Selangor FC membuat kejutan merehatkan bekas penolong jurulatih pasukan kebangsaan Serbia itu hari ini.
Perkembangan itu hadir hanya tiga hari selepas skuad Gergasi Merah berjaya memperoleh kemenangan 4-2 ke atas Tampines Rovers dalam Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC), Rabu lalu.
Selangor FC dalam kenyataan turut merakamkan penghargaan dan berterima kasih kepada Kinoshi atas sumbangan yang diberikan jurulatih tersebut.
“Selangor FC dengan ini mengumumkan bahawa Katsuhito Kinoshi telah direhatkan daripada tugas beliau sebagai ketua jurulatih pasukan utama.
“Pihak kelab ingin merakamkan penghargaan dan berterima kasih kepada beliau atas segala sumbangan, usaha dan komitmen beliau sepanjang tempoh perkhidmatannya bersama Selangor FC,” katanya dalam kenyataan itu.
Baca artikel lain: Raja Muda Selangor, Afzaa Fadini langsung pernikahan 2 Oktober ini
Mengulas lanjut, Selangor FC memaklumkan, tugas sebagai ketua jurulatih pasukan utama kini digalas oleh pengendali utama Selangor II dari Perancis iaitu Christophe Gamel.
Pelantikan Gamel itu adalah secara interim, sementara Selangor FC menjalani proses pelantikan seorang ketua jurulatih tetap yang baharu.
Sebagai rekod, Kinoshi mula mengendalikan SFC sejak pertengahan musim lalu bagi menggantikan Nidzam Jamil yang melepaskan jawatannya, 30 Oktober tahun lalu.
Bekas pembantu jurulatih skuad kebangsaan Serbia itu menamatkan kemarau trofi selama sedekad apabila membawa mereka menjulang Piala Cabaran Liga Bolasepak Malaysia (MFL) musim lalu.
Pencapaian bagi musim ini menyaksikan Kinoshi membawa pasukan itu menang lima perlawanan, seri satu dan tewas empat perlawanan dalam 10 perlawanan membabitkan semua pertandingan setakat ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

