RM2.6 juta transaksi libatkan 1.3 juta liter RON95 pada hari pertama BUDI95

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEBANYAK RM2.6 juta transaksi melibatkan pembelian 1.3 juta liter petrol RON95 pada harga subsidi RM1.99 seliter telah direkodkan pada hari pertama pelaksanaan BUDI MADANI RON95 atau BUDI95, semalam.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, pelaksanaan hari pertama BUDI95 itu khusus untuk anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, hari pertama BUDI95 itu berjalan lancar dengan hampir 20 peratus daripada keseluruhan 300,000 anggota ATM dan PDRM menjalankan transaksi di stesen minyak seluruh negara.

“Berdasarkan laporan di lapangan, urusan BUDI95 berjalan lancar dengan sistem stabil dan pembacaan MyKad oleh terminal di stesen minyak beroperasi dengan baik.

Baca artikel lain: BUDI95: Kecualikan bayaran RM10 ganti MyKad, kerajaan belanja sekitar RM714,000

“Kementerian Kewangan merakamkan penghargaan kepada semua anggota ATM dan PDRM yang menjadi kumpulan terawal memanfaatkan BUDI95,” katanya dalam kenyataan.

Bermula hari ini, BUDI95 akan diperluas kepada lebih lima juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kategori B40, sebelum pelaksanaannya dilaksanakan sepenuhnya pada 30 September, melibatkan sebanyak 16 juta rakyat Malaysia yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif.

Sejak portal BUDI95 dilancarkan pada 25 September lalu, sebanyak 8.1 juta pengguna telah membuat semakan kelayakan untuk menerima subsidi RON95.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan merujuk soalan lazim (FAQ) di portal rasmi BUDI95 di www.budimadani.gov.my atau menghubungi talian bantuan 1-300-88-9595.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This