Hampir 150,000 pengguna yang layak terima BUDI95 belum kemaskini maklumat LMM

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SEMAKAN pangkalan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati sekitar 0.88 peratus daripada 17 juta penerima BUDI MADANI RON95 (BUDI95) yang sebenarnya layak tetapi masih belum mengemaskini maklumat Lesen Memandu Malaysia (LMM) dengan tidak membekalkan maklumat nombor kad pengenalan diri baharu.

Kementerian Pengangkutan (MoT) dalam kenyataan memaklumkan, antaranya adalah pemegang LMM yang pada asalnya telah memohon LMM menggunakan dokumen pengenalan diri seperti nombor kad pengenalan lama, nombor Sijil Kelahiran Malaysia (SKM) dan nombor pengenalan diri tentera dan polis

“Selain itu, pemegang LMM yang masih menggunakan Lesen Memandu Pasukan iaitu lesen memandu yang dikeluarkan oleh pihak ATM dan PDRM, yang masih belum memohon pertukaran kepada LMM.

“Turut terkesan pemegang LMM yang mana nombor kad pengenalannya terdapat kesilapan atau menimbulkan red-flag yang memerlukan semakan lanjut oleh pihak berkuasa yang berkenaan,” jelas MoT.

Mengulas lanjut, MoT memaklumkan, syarat kelayakan menerima BUDI95 adalah warganegara Malaysia, mempunyai status Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang sah, aktif dan berkuatkuasa.

MoT memberitahu, Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah memberi sokongan sepenuhnya bagi menjayakan BUDI95 melalui pembekalan data-data pemegang LMM kepada pihak Kementerian Kewangan.

“MOT dan JPJ komited sepenuhnya untuk membantu semua warganegara Malaysia yang sah sepertimana di dalam kategori di atas untuk datang ke mana-mana pejabat atau kaunter JPJ bagi membuat permohonan pengemaskinian data LMM.

“Data yang dikemaskini akan dikemukakan kepada pihak MOF bagi tujuan pengesahan dengan pihak JPN. Sekiranya tiada sebarang isu berbangkit atau red-flag, maklumat individu tersebut akan terus dikemaskini dalam sistem BUDI95,” kata MoT.

MoT menambah, mana-mana pesara tentera ataupun polis yang masih belum membuat pertukaran Lesen Memandu Pasukan kepada LMM adalah diseru untuk tampil ke mana-mana pejabat JPJ berdekatan dan melaksanakan proses pertukaran sedia ada bagi mengelakkan sebarang isu berbangkit sekaligus dapat menikmati inisiatif BUDI95 yang diberi oleh Kerajaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This