Bawa Sentuhan ‘Affordable Luxury’, O.TWO.O Dah Masuk Malaysia. Memang Ngam Untuk Kaki Mekap

Dari Penulis

Berita baik buat kaki mekap, jenama kecantikan antarabangsa O.TWO.O yang sering tular dengan koleksi solekan yang diinspirasikan terus daripada trend seperti glass skin effect dan dewy look, kini sudah berada di Malaysia.

Yang lagi menarik, semua produk O.TWO.O boleh didapati secara eksklusif di semua cawangan Guardian Malaysia, jadi tak payah dah nak tunggu shipping dari luar negara.

O.TWO.O Brand Oversea Business Manager, Yolanda berkata, kerjasama ini membuka lembaran baharu dalam perjalanan mereka di rantau ini.

“Kami sangat gembira kerana akhirnya dapat berkongsi produk O.TWO.O dengan wanita Malaysia. Misi kami jelas untuk menjadikan kecantikan mampu milik, berkualiti tinggi dan mudah didapati di pasaran.

“Produk kami, termasuk Ultra Stay Lollipop Matte Lipstick dan koleksi berus solekan, direka khas untuk memenuhi keperluan wanita moden berusia 18 hingga 35 tahun,” katanya.

Kerjasama dengan Guardian Malaysia dianggap sebagai langkah strategik yang mampu memperkukuh kedudukan O.TWO.O di pasaran tempatan. Bagi Guardian sendiri, kehadiran jenama kecantikan viral ini merupakan satu nilai tambah buat pelanggan setia mereka.

“Guardian sentiasa komited membawa masuk jenama antarabangsa yang berkualiti, trending dan dipercayai pelanggan. Kehadiran O.TWO.O di Guardian memberi lebih banyak pilihan kepada wanita Malaysia yang mencari produk kecantikan berpatutan tetapi setanding dengan standard global,” kata Ms. Tiffany, Pengurus Besar Komersial Guardian Malaysia.

Mekap ala China yang semakin mencuri perhatian dunia dengan konsep glass skin, dewy glow dan kecantikan natural yang elegan menjadi inspirasi utama jenama ini. Dari lip balm yang berubah warna mengikut suhu tubuh hingga palet berkilau yang memberi dimensi pada pandangan mata, setiap koleksi hadir dengan sentuhan inovasi.

Antara produk yang paling mencuri perhatian pada majlis pelancaran ini termasuk Ultra Stay Lollipop Matte Lipstick, gincu tahan lama dengan warna menyerlah yang kini menjadi rebutan ramai.

Tidak ketinggalan, koleksi Brush Series yang sudah mencatat lebih enam juta jualan di seluruh dunia turut diperkenalkan bersama pilihan lain seperti compact powder dan eyeshadow palette yang praktikal untuk gaya harian.

Berbeza dengan sesetengah jenama yang hanya fokus pada kategori tertentu, O.TWO.O tampil dengan rangkaian lengkap merangkumi produk asas wajah, maskara dan eyeliner, pilihan lipstik matte hingga lip gloss, serta aksesori seperti beauty blender dan set berus solekan. Tidak hairanlah mengapa jenama ini cepat menambat hati golongan muda, apatah lagi dengan produk entry-level yang boleh dimiliki seawal RM10 hingga RM15 secara online.

Di Malaysia, produk-produk yang paling popular termasuk Color Lip Sticks yang terkenal dengan pilihan warna trendy, Mascara Waterproof Volumizing yang memberi kesan bulu mata lebih tebal tanpa comot, serta Eyeshadow Palette dengan variasi warna sesuai untuk solekan harian atau acara istimewa.

Sementara itu, beberapa produk baharu yang disebut-sebut bakal menjadi ‘must-have’ item tahun ini ialah Kiss Proof Matte Lip Gloss, Misty Kiss Lock Matte Lipstick, Glow Color Bounce Blush Stick, Full Coverage Liquid Concealer, Anti-Pore Blurring Primer dan Fine Mist Setting Spray yang tahan lama sepanjang hari.

Lebih daripada sekadar solekan, O.TWO.O adalah falsafah tentang keyakinan diri. Dengan status Halal Certified dan cruelty-free, ia meraikan kecantikan dengan cara yang inklusif, progresif dan penuh nilai.

Kini, wanita Malaysia tidak lagi perlu berbelanja besar untuk memiliki kecantikan setaraf runway. Dengan harga purata sekitar RM70, O.TWO.O mengekalkan falsafah “affordable luxury”, menjadikan solekan berkualiti tinggi boleh diakses oleh semua lapisan pengguna.

Kini, sudah tiba masanya untuk wanita Malaysia sendiri merasai sentuhan “affordable luxury” daripada O.TWO.O, hanya di Guardian Malaysia.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MKDS buka cawangan baharu di Putrajaya

Penyedia perkhidmatan pengurusan berat badan perubatan, Megaklinik Dr Suffian (MKDS) membuka cawangan baharu di IOI Resort City, Putrajaya dalam...

More Articles Like This