Aroya IslamiCruise tawar pelayaran mewah pertama dunia bawa jemaah tunai umrah

Dari Penulis

Bayangkan sebuah perjalanan yang bukan sahaja membawa anda merentasi lautan biru menuju Tanah Suci, tetapi turut mengisi jiwa dengan ketenangan rohani. Itulah yang ditawarkan oleh Aroya IslamiCruise, pelayaran umrah mewah pertama di Malaysia dan seumpamanya di dunia.

Pengarah Projek Aroya IslamiCruise, Ab Rahman Mohd Ali menyifatkan pengalaman ini mampu memberi ketenangan jiwa, menyuburkan raga dan merasai keberkatan dalam suasana tenang di tengah lautan.

Pengarah Projek Aroya IslamiCruise, Ab Rahman Mohd Ali.

“Selama enam belas hari lima belas malam, tetamu akan dibawa berlayar dari Malaysia ke Arab Saudi, sambil singgah di destinasi ikonik seperti Oman, Maldives dan Banda Aceh.

“Laluan ini dipilih bukan sebarangan, sebaliknya ia menelusuri kembali jejak perjalanan para jemaah terdahulu yang pernah mengembara dengan kapal menuju Mekah untuk menunaikan ibadah. Ia seakan satu perjalanan menghidupkan semula warisan, tetapi dalam versi moden yang penuh kemewahan.

“Malah jemaah akan berpeluang menunaikan solat Jemaah Subuh, Maghrib dan Isyak sambil menyaksikan keindahan matahari terbit dan terbenam.

“Saya sarankan untuk anak-anak agar berikan peluang kepada ibu bapa anda untuk merasai pengalaman istimewa menunaikan umrah. Hadiahkan percutian mewah ini kepada mereka,” kongsinya.

Lima agensi umrah dan haji diberi kepercayaan mengendalikan tempahan secara ekslusif.

Apa yang lebih menarik, jelas Ab Rahman, keunikan Aroya IslamiCruise terletak pada keseimbangan antara gaya hidup mewah dan pengalaman ibadah.

“Di atas kapal, para tetamu disajikan dengan kemudahan kelas dunia dengan kabin luas dengan balkoni peribadi, ruang santapan eksklusif dan suasana santai di tengah lautan.

“Namun, kemewahan itu tidak datang kosong kerana ia dipenuhi dengan pengisian rohani yang membimbing hati dan jiwa. Sepanjang pelayaran, jemaah akan dibimbing oleh tokoh agama terkemuka seperti Ustaz Wadi Anuar dari Malaysia dan Ustaz Abdul Somad dari Indonesia, memastikan setiap keluarga bukan sahaja menikmati percutian yang selesa tetapi juga pulang dengan pengalaman spiritual yang mendalam.

“Bagi tetamu yang menginginkan layanan lebih eksklusif, keahlian Khuzama Club menambah nilai perjalanan dengan keutamaan menaiki kapal, sajian bertaraf istimewa, perkhidmatan concierge peribadi serta aktiviti kebudayaan yang dirangka khas,” tambahnya lagi.

Tidak terhenti di situ, pelayaran ini juga meliputi pengalaman tiga hari dua malam di Mekah, membolehkan para tetamu melaksanakan ibadah umrah dengan penuh sempurna sebelum kembali meneruskan pelayaran. Ia seakan menggabungkan tiga dunia dalam satu perjalanan, kemewahan pelancongan, pengembaraan budaya dan pengisian rohani.

“Tetamu punya dua pilihan, sama ada belayar dan nikmati kemewahan pelancongan sebelum menunaikan umrah di Mekah. Ataupun tunaikan umrah terlebih dahulu dan belayar bersama kami,” katanya.

Aroya Cruises sendiri merupakan jenama pelayaran pertama dari Arab Saudi yang dilancarkan oleh Cruise Saudi di bawah inisiatif Wawasan 2030. Kapal ini mampu memuatkan lebih 3,300 tetamu dan dilengkapi dengan pelbagai fasiliti keluarga.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Permintaan emas meningkat, KESS sasar 30 cawangan baharu tahun ini!

KEDAI Emas Sri Semantan Sdn Bhd (KESS), jenama yang gah dengan jolokan 'Soorga Emas Preloved', terus mengorak langkah agresif...

More Articles Like This