Bekas Panglima Angkatan Tentera, Tun Dr Mohamed Hashim Mohd Ali meninggal dunia

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BEKAS Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral (B) Tun Dr Mohamed Hashim Mohd Ali meninggal dunia, hari ini.

Berita sedih pemergian Mohamed Hashim, 90, yang juga adik kepada Tun Dr Hasmah Mohd Ali menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur sekitar pukul 11.52 pagi tadi.

Dalam hantaran di Facebook Angkatan Tentera Malaysia (ATM), jenazah Allahyarham dijangka dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Khalid Al Walid, Kementerian Pertahanan.

Menurut hantaran tersebut, jenazah kemudiannya akan dibawa ke Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Sungai Besi untuk disemadikan dengan penuh adat istiadat ketenteraan.

Baca artikel lain: Bonda Tengku Permaisuri Selangor meninggal dunia pagi tadi

“Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar serta seluruh warga ATM menzahirkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Mohamed Hashim atas kehilangan tokoh ATM itu.

“Semoga Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman,” katanya hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Mohamed Hashim dimasukkan ke Hospital Gleneagles selepas mengalami pendarahan di kepala, Ahad lalu.

Beliau merupakan PAT Kesembilan antara tahun 1987 hingga 1992 memainkan peranan penting dalam Perjanjian Damai Hatyai 1989 bagi menandakan berakhirnya pemberontakan Komunis di Malaysia.

Allahyarham yang berkahwin dengan Allahyarham Puan Sri Majmin Yahya meninggalkan tiga anak dan lima cucu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Krisis Negeri Sembilan: Semua pihak perlu ikut jalur hukum yang sah – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa semua pihak perlu mengikut jalur hukum yang sah serta menghormati Perlembagaan...

More Articles Like This