MISI kemanusiaan Global Sumud Flotilla yang membawa bantuan ke Gaza sekali lagi berhadapan detik mendebarkan apabila aktiviti dron di ruang udara memperlihatkan peningkatan ketara.
Dalam hantaran di Facebook Sumud Nusantara Official, peningkatan aktiviti dron itu membuatkan flotilla kini berada dalam keadaan penuh berjaga-jaga.
Menurut hantaran tersebut, situasi itu menandakan cabaran yang semakin getir dihadapi peserta Global Sumud Flotilla.
“Kapal flotilla telah memasuki zon berisiko tinggi iaitu kawasan di mana flotilla terdahulu pernah diserang atau dipintas.
“Beberapa laporan awal juga mengesahkan wujudnya kemungkinan senario yang berbeza bakal berlaku dalam tempoh beberapa jam akan datang.
“Perkembangan lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi,” katanya dalam hantaran tersebut.
Baca artikel lain: Malaysia teguh sokong misi Global Sumud Flotilla
Mengulas lanjut, hantaran tersebut memaklumkan perkembangan lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi.
“Mereka berlayar dengan keberanian, kita iringi dengan doa dan solidariti. No More Silence. No More Siege,” katanya.
Media pada Selasa melaporkan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) menjangkakan misi Global Sumud Flotilla akan memasuki zon merah dalam masa 28 jam iaitu pada Rabu jam 7 petang waktu Malaysia.
Menurut Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby, zon merah akan dipecahkan kepada tiga zon iaitu zon satu, dua dan tiga yang dikategorikan sebagai kawasan kritikal.
GSF disertai lebih 34 rakyat Malaysia bersama aktivis antarabangsa dari pelbagai negara membawa bantuan kemanusiaan termasuk makanan dan ubat-ubatan yang bertujuan menembusi sekatan laut Israel dan menghantar bantuan terus ke Gaza.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

