Heliza Helmi dedah detik cemas kapal dihalang tentera Israel dengan cecair putih

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi mendedahkan detik mencemaskan apabila bot yang dinaikinya bersama delegasi ke Gaza, Palestin dihampiri kapal besar tentera Israel sebelum dilempar dengan cecair berwarna putih.

Menurut Heliza atau nama penuhnya Nur Heliza Helmi, 39, serangan itu menyebabkan bot mereka bergegar, licin dan hampir tenggelam, selain menimbulkan rasa pedih pada mata.

“Israel datang dengan bot besar dan lemparkan cecair warna putih sehingga bot kami bergegar dan licin. Kapal jadi macam nak tenggelam pun ada dan mata pedih. Bot mereka memang sangat besar, tapi kita ada Allah Maha Besar,” katanya dalam siaran langsung di media sosial.

Dalam situasi getir itu, Heliza tetap menzahirkan rasa syukur dengan semangat juang tinggi kapten bot yang menurutnya tidak gentar berdepan ancaman Israel.

“Kapten ini memang sangat bagus. Kalau ikutkan kena buang telefon terus, tapi dia suruh rakam video dan tunjukkan kejahatan mereka. Dia berjiwa besar, selalu cakap ‘Jom ke Gaza’. Allah bagi dia semangat yang sangat kuat,” katanya lagi.

Misi kemanusiaan yang disertai Heliza bersama beberapa lagi delegasi dari Malaysia berlepas pada 31 Ogos lalu. Antara yang turut serta ialah adiknya, penyanyi Hazwani Helmi, rakan artis Zizi Kirana, Ardell Aryana, serta pempengaruh media sosial Farah Lee.





Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja lelaki maut terlanggar kerbau melintas jalan di Jelebu

DUA remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi masing-masing merempuh seekor kerbau yang tiba-tiba melintas jalan di Kilometer 11...

More Articles Like This