Anwar tuntut aktivis, sukarelawan Global Sumud Flotilla dibebaskan segera

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEMUA aktivis dan sukarelawan Malaysia serta antarabangsa misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla yang telah ditahan rejim Zionis Israel digesa supaya dibebaskan segera. 

Gesaan itu adalah tuntutan disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri menegaskan Global Sumud Flotilla adalah sebuah misi kemanusiaan yang membawa orang awam tidak bersenjata bersama bantuan yang amat diperlukan rakyat Gaza. 

Sehubungan itu, Anwar menegaskan kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk membebaskan warga Malaysia yang dalam tahanan. 

Beliau menegaskan, dengan menyekat misi kemanusiaan itu, Israel bukan sahaja memperlekeh hak asasi rakyat Palestin, malah telah menginjak nurani masyarakat dunia yang kini tidak lagi bersamanya. 

“Saya menerima maklumat daripada pasukan aktivis dan sukarelawan Malaysia selepas rejim Zionis Israel memintas konvoi Global Sumud Flotilla. 

“Flotilla tersebut bukan sekadar konvoi bantuan tetapi simbol perpaduan, solidariti dan kasih sayang umat manusia. 

“Ia membawa sinar harapan untuk meringankan penderitaan mereka yang terus dipaksa hidup melarat di bawah sekatan yang zalim dan tidak berperikemanusiaan,” katanya dalam hantaran tersebut.

Baca artikel lain: ‘Israel sembur air hingga kami hampir terpelanting’ – Farah Lee kongsi cerita diancam zionis 

Mengulas lanjut, Anwar menegaskan, Malaysia akan mengambil segala langkah yang sah dan berasaskan undang-undang bagi menuntut pertanggungjawaban Israel khususnya apabila melibatkan warganegara Malaysia. 

Katanya, keselamatan rakyat Malaysia menjadi keutamaan serta kerajaan tidak akan sama sekali bungkam tatkala hak dan maruah mereka dicabuli. 

“Selagi hak dan aspirasi rakyat Palestin terus dinafikan, Malaysia kekal berdiri teguh dan tidak akan berundur daripada terus mendesak dan menuntut agar kezaliman serta perampasan yang telah berlarutan sejak sekian lama dihentikan,” katanya. 

Terdahulu, seramai 12 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla ditahan tentera Israel selepas rejim Zionis itu memintas kapal berkenaan. 

Terbaru adalah Farah Lee dan Danish Nazram dari kapal Grande Blu.

Mesej SOS kecemasan bagi semua 12 sukarelawan berkenaan disiarkan di media sosial Sumud Nusantara, menandakan mereka dalam tahanan Israel.

Sebelum ini rakyat Malaysia ditahan adalah Zizi Kirana yang menaiki kapal Huga; Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin dan Rusydi Ramli daripada kapal Sirius.

Selain itu, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi daripada kapal Hio, Iylia Balqis, Ahmad Musa Al-Nuwayri dan dan Sul Aidil dari kapal Alma.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Singapura didenda RM20,000 isi petrol bersubsidi RON95

MAHKAMAH Sesyen Johor Bharu menjatuhkan hukuman denda RM20,000 atau penjara tiga bulan jika gagal membayarnya ke atas seorang warga...

More Articles Like This