42 kapal telah dipintas, Marinette masih ‘gagah’ teruskan pelayaran ke Gaza

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

WALAUPUN 42 kapal yang terlibat dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) telah dipintas rejim zionis Israel dan sukarelawan ditahan secara haram, namun sebuah lagi kapal dikenali sebagai Marinette masih ‘gagah’ meneruskan pelayaran menuju Gaza.

Dalam hantaran menerusi saluran Global Sumud Flotilla di Telegram, Marinette benar-benar menonjolkan simbol sumud iaitu keteguhan dalam menghadapi ketakutan, sekatan dan kekejaman.

Menurut hantaran itu, walaupun tahu nasib yang bakal menanti selepas ini, namun kru Marinette enggan berpatah balik.

“42 kapal telah dipintas secara haram. Penumpang mereka ditahan secara tidak sah. Dunia melihat apa yang berlaku apabila orang awam mencabar kepungan yang berlaku di Gaza.

“Namun, Marinette terus berlayar. Marinette bukan sekadar kapal. Ia melambangkan penolakan terhadap penindasan, sama seperti gelombang protes di seluruh dunia yang menunjukkan solidariti bersama Palestin,” katanya dalam hantaran tersebut.

Baca artikel lain: Peserta GSF ditahan rejim Israel berada di pelabuhan Ashdod

Hantaran itu menegaskan, tidak kira apa yang berlaku pada masa akan datang, ia telah membuka lembaran baharu terhadap perjuangan menentang sekatan Israel.

“Gaza tidak bersendirian. Palestin tidak dilupakan. Dunia tetap berdiri bersama mereka,” tegasnya.

Kapal itu dilapor berada kira-kira 80 batu nautika dari Gaza malam tadi dan 10 batu nautika dari lokasi Israel yang memintas bot lain dalam flotila terbabit.

Terdahulu, Kementerian Luar Israel, yang menyifatkan misi flotila itu sebagai satu provokasi berkata “semua penumpang selamat dan dalam keadaan sihat”, dan “mereka sedang dibawa ke Israel dengan selamat, dan dari situ mereka akan dihantar pulang ke Eropah.

Kapal-kapal dari flotila itu, yang membawa kira-kira 500 orang termasuk ahli parlimen, peguam dan aktivis — termasuk aktivis iklim Sweden, Greta Thunberg — telah dinaiki oleh tentera Israel lewat malam kelmarin, kira-kira 75 batu nautika dari pantai Gaza.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This