Israel terus bedil Semenanjung Gaza, 70 terkorban

Dari Penulis

SEKURANG-KURANGNYA 70 rakyat Palestin terkorban dalam serangan berterusan rejim zionis di Semenanjung Gaza, menurut sumber perubatan.

Serangan dalam tempoh 24 jam itu dilakukan biarpun Presiden Donald Trump menyeru Israel menghentikan pengeboman selepas Hamas menegaskan untuk menerima sebahagian daripada pelan damai Gaza.

Aljazeera melaporkan, sekurang-kurangnya 45 terkorban dalam pengeboman dan serangan udara di Bandar Gaza, semalam.

Bandar tersebut teruk dilanda bencana kebuluran ekoran sekatan demi sekatan dilakukan zionis.

Ia memaksa kira-kira sejuta penduduk melarikan diri ke selatan yang dilaporkan sudah sesak, untuk menyelamatkan diri.

Seramai 18 orang terbunuh dan beberapa yang lain cedera dalam serangan Israel terhadap kediaman di kejiranan Tuffah di Bandar Gaza.

Tentera Israel turut menyasarkan sebuah kem penempatan pelarian di al-Mawasi di selatan Gaza, mengorbankan dua kanak-kanak dan mencederakan sekurang-kurangnya lapan yang lain.

Al-Mawasi merupakan zon kemanusiaan ‘selamat’ yang telah diarahkan oleh tentera Israel untuk menempatkan keluarga Palestin.

Namun kawasan itu telah berulang kali diserang sejak beberapa minggu dan bulan kebelakangan ini.

Terdapat juga serangan udara di kawasan lain, termasuk di kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza, menurut wartawan Aljazeera, Hind Khoudary yang membuat liputan dari az-Zawayda.

Pada Sabtu, Trump mendesak Hamas supaya segera membebaskan tawanan dan memuktamadkan rundingan berhubung pelannya untuk menamatkan perang.

Sementara itu, Hamas mengecam serangan berterusan Israel ke atas Gaza.

Hamad menyifatkannya sebagai bukti ‘pembohongan Netanyahu’ mengenai tindakan menghentikan serangan selepas gesaan dilakukan Trump.

“Tentera penjajah Zionis terus melakukan jenayah ngeri dan pembantaian terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza,” kata Hamas dalam satu kenyataan.

Kumpulan itu menyeru masyarakat antarabangsa, termasuk negara Islam dan Arab, untuk mengambil ‘tindakan segera bagi melindungi dan memberi bantuan kepada rakyat Gaza’.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This