Greta Thunberg diseret, dipaksa cium bendera Israel

Dari Penulis

BEBERAPA sukarelawan antarabangsa yang menyertai Global Sumud Flotilla (GSF) memberitahu tentera Israel telah melakukan layanan buruk terhadap aktivis alam sekitar, Greta Thunberg.

Wartawan Turkiye yang turut sama dalam konvoi pelayaran ke Gaza itu, Ersin Celik berkata, dia menyaksikan pasukan bersenjata Israel ‘menyeksa’ Greta dengan diseret di atas tanah dan dipaksa mencium bendera Israel.

Aktivis Malaysia, Hazwani Helmi dan peserta dari Amerika Syarikat (AS), Windfield Beaver memberikan keterangan serupa mendakwa Greta ditolak dan dipaksa berarak bersama bendera Israel.

“Sangat teruk, mereka melayan kami seperti binatang,” kata Hazwani sambil menambah bahawa semua aktivis GSF yang ditahan rejim zionis tidak diberikan makanan, air dan ubat-ubatan.

Beaver pula berkata, Greta ‘dilayan dengan teruk’ dan dijadikan alat propaganda zionis.

Wartawan Itali, Lorenzo Agostino juga menceritakan hal sama terhadap apa yang berlaku terhadap Greta.

“Greta Thunberg, seorang wanita yang berani, berua berusia 22 tahun. Dia dihina, dibalut dengan bendera Israel dan dipamerkan seperti trofi,” katanya kepada Anadolu seperti dilaporkan AlJazeera.

Terdahulu 23 aktivis GSF dari Malaysia yang ditahan rejim zionis Israel telah selamat tiba di Istanbul, Turkiye.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran di Facebook memaklumkan, kesemua aktivis itu kini akan diberikan pemeriksaan kesihatan, sokongan dan bantuan menyeluruh termasuk aspek psikologi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This