KESEMUA 23 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dijangka tiba di tanah air malam ini.
Pesawat yang membawa 23 rakyat Malaysia itu dijangka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 (KLIA1) pada pukul 10 malam.
Perkembangan terbaharu itu dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman atau Nadir Al-Nuri dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Pada masa sama, beliau turut menyeru orang ramai untuk menghadiri himpunan solidariti Flotilla Sumud Nusantara yang dijadual berlangsung di Axiata Arena, esok.
“Malam ini, Selasa pukul 10 malam kami akan sampai ke tanah air Insya-Allah.
“Malam esok, Rabu kita bersolidariti sekali lagi di Axiata Arena, pukul 6 petang. Saya dan rakan-rakan nak sampaikan mandat dan pesan dua tahun G (Gaza) dibantai badai genosid.
Baca artikel lain: 23 aktivis GSF Malaysia dijangka tiba di tanah air malam esok
“Ya, hari ini 7 Oktober bermakna sudah dua tahun mereka dibunuh. Ini bukan tentang kami, ia tentang mereka.
“Kami hanya menumpangkan semangat dan suara agar kita terus bertindak tanpa teragak, peduli tanpa henti. Ia tentang mereka,” katanya dalam hantaran tersebut, hari ini.
Terdahulu, media melaporkan kesemua 23 sukarelawan Malaysia telah pun berlepas pulang ke tanah air pada pukul 11.20 malam waktu Turkiye (4.20 pagi waktu Malaysia).
Sukarelawan Malaysia itu pulang dengan menaiki pesawat Emirates.
Semua 23 sukarelawan Malaysia itu ditahan pihak berkuasa Israel, Khamis lalu sebelum dibawa ke penjara Ketziot, yang terletak di padang pasir Negev.
Mereka sebelum ini berada di Istanbul, Turkiye selepas dibebaskan oleh pihak berkuasa Israel baru-baru ini, menaiki penerbangan Turkish Airlines TK6921 dari Eilat, Israel pada 1.40 tengah hari waktu tempatan dan tiba di Istanbul, Turkiye pada 3.40 petang waktu tempatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

