23 aktivis GSF Malaysia dijangka tiba di tanah air malam esok

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KESEMUA 23 aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) warga Malaysia yang ditahan Israel sebelum dibebaskan, Sabtu lalu dijangka tiba di tanah air, malam esok.

Perkongsian itu dimaklumkan seorang ahli keluarga dipercayai abang kepada sukarelawan yang juga pelakon iaitu Ardell Aryana dalam siaran langsung di TikTok.

Menerusi siaran langsung di laman TikTok @mnflegacy, abang kepada Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin itu memberitahu, pesawat yang membawa kesemua wira dan wirawati negara itu dijangka tiba pada pukul 9.50 malam esok.

Katanya, pesawat itu dijangka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 (KLIA1).

“Esok, 7 Oktober, Selasa… pejuang-pejuang kita semua akan pulang ke tanah air (dan) dijangka sampai jam 9.50 malam di KLIA1,” katanya.

Sabtu lalu, Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby dalam sidang media memaklumkan kesemua 23 aktivis Malaysia itu dijangka dapat dibawa pulang ke tanah air seawal hari ini.

Beliau berkata, penerbangan pulang kesemua 23 aktivis Malaysia itu juga akan ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan Turkiye.

Baca artikel lain: Aktivis GSF dari Itali lafaz syahadah dalam penjara Israel, ‘rasa seperti baru dilahirkan’

Terdahulu, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi yang kini berada di Istanbul, Turkiye memaklumkan beliau diamanahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk segera membawa pulang semua sukarelawan itu ke tanah air dengan selamat.

Beliau kini berada di Istanbul bagi membantu mempermudah urusan semua 23 aktivis Malaysia itu.

Pada Khamis lalu, 23 aktivis rakyat Malaysia yang menyertai misi GSF ditahan tentera rejim Zionis selepas kapal mereka dipintas ketika berada di perairan Zon Merah R3 di Laut Mediterranean seterusnya dibawa ke pelabuhan Ashdod, Israel.

Semua aktivis Malaysia dilaporkan dibebaskan dan berlepas dari Lapangan Terbang Ramon, Israel pada jam 6.45 petang waktu Malaysia Sabtu lalu, sebelum tiba di Istanbul pada 8.40 malam waktu Malaysia.

Rakyat Malaysia yang ditahan ialah penyanyi Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah yang menaiki kapal Hio; Nurfarahin Romli (Farah Lee) dan Danish Nazran Murad (kapal Grande Blu); penyanyi Zizi Kirana (kapal Huga); Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil (kapal Alma); Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiruddin dan Rusydi Ramli (kapal Sirius).

Turut ditahan Razali Awang menaiki kapal Inana; pempengaruh Nurul Hidayah Mohd Amin atau lebih dikenali Ardell Aryana (kapal Mikeno); PU Rahmat, Norhelmi Ab Ghani, Mohd Asmawi Mukhtar, Norazman Ishak (kapal Estrella); Zainal Rashid dan Ustaz Muhammad Abdullah (kapal Fair Lady) serta Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali Haroqs, Muhd Haikal Luqman Zulkefli dan Taufiq Mohd Razif (kapal Free Willy).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mara tidak kompromi peminjam sengaja culas

MAJLIS Amanah Rakyat (Mara) tidak akan sesekali berkompromi dengan peminjam yang sengaja culas untuk membayar balik pinjaman. Perkara itu ditegaskan...

More Articles Like This