‘Tudung T-shirt putih ini simbol sumud kami’, kata Farah Lee

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

“JIKA kalian lihat di kepala saya, tudung daripada T-shirt putih ini adalah simbol sumud kami, wanita delegasi Global Sumud Flotilla (GSF).”

Demikian kata aktivis kemanusiaan, Farah Lee yang merupakan salah seorang daripada 23 sukarelawan Malaysia yang selamat tiba di tanah air, malam tadi.

Menceritakan detik getir ketika ‘diculik’ tentera rejim zionis Israel, Farah atau nama sebenarnya, Nurfarahin Romli berkata, hak beliau sebagai seorang wanita Islam telah pun diragut.

“Berdirinya saya di sini bukan sahaja mewakili rakan-rakan wanita dalam delegasi Malaysia tetapi juga mewakili wanita dan ibu-ibu yang sedang ditindas di Gaza, di Palestin.

“Tudung kami dirampas, kami dimalukan di depan lelaki ajnabi dengan tidak memakai tudung.

“Kami terpaksa mengambil T-shirt putih ini untuk menutup rambut dan kepala kami bagi menjaga maruah kami sebagai seorang wanita,” katanya dalam sidang media di KLIA 1, malam tadi.

Farah Lee

Bagaimanapun, Farah menyifatkan pengalaman pahit yang dilaluinya itu hanya sedikit jika dibandingkan dengan penderitaan dilalui rakyat Palestin.

“Pelbagai hak kemanusiaan kami ditindas termasuk akses kepada air bersih, ubat-ubatan, keperluan sanitasi dan keganasan yang sukar digambarkan.

“Namun apa yang kami lalui itu mungkin hanya satu peratus daripada derita sebenar di yang dialami penduduk di Gaza selama ini,” katanya.

Baca artikel lain: ‘Kita tak berjaya break the siege tapi kita berjaya break the silence’

Malam tadi, lebih 2,000 orang ramai membanjiri Balai Ketibaan KLIA 1 bagi menyambut ketibaan wira dan wirawati misi kemanusiaan GSF.

Balai Ketibaan KLIA 1 itu bergema dengan laungan ‘Hidup Palestin! Hancur Israel!’ dan ‘Free Palestin’ sejak pukul 8 malam lagi.

Kesemua 23 aktivis Malaysia itu selamat tiba di KLIA 1 dengan pesawat Emirates EK342 selamat mendarat pada pukul 10.07 malam.

Mereka telah ditahan pihak berkuasa Israel, Khamis lalu sebelum dibawa ke penjara Ketziot, yang terletak di padang pasir Negev.

Mereka sebelum ini berada di Istanbul, Turkiye selepas dibebaskan oleh pihak berkuasa Israel baru-baru ini, menaiki penerbangan Turkish Airlines TK6921 dari Eilat, Israel pada 1.40 tengah hari waktu tempatan dan tiba di Istanbul, Turkiye pada 3.40 petang waktu tempatan.

Rakyat Malaysia yang ditahan ialah penyanyi Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah yang menaiki kapal Hio; Nurfarahin Romli (Farah Lee) dan Danish Nazran Murad (kapal Grande Blu); penyanyi Zizi Kirana (kapal Huga); Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil (kapal Alma); Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiruddin dan Rusydi Ramli (kapal Sirius).

Turut ditahan Razali Awang menaiki kapal Inana; pempengaruh Nurul Hidayah Mohd Amin atau lebih dikenali Ardell Aryana (kapal Mikeno); PU Rahmat, Norhelmi Ab Ghani, Mohd Asmawi Mukhtar, Norazman Ishak (kapal Estrella); Zainal Rashid dan Ustaz Muhammad Abdullah (kapal Fair Lady) serta Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali Haroqs, Muhd Haikal Luqman Zulkefli dan Taufiq Mohd Razif (kapal Free Willy).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Perkukuh keyakinan rakyat: ATM laksanakan pelan PTPR

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan Pelan Tindakan Pembanterasan Rasuah (PTPR) ATM 2026-2030 bagi memperkukuh keyakinan rakyat terhadap institusi...

More Articles Like This