Wani Kayrie buat kejutan untuk 3,000 pelajar ‘human graphic’ di Majlis Apresiasi Semarak Merdeka!

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI Wani Kayrie mencuri perhatian apabila membuat kejutan dengan mempersembahkan lagu popularnya, Cak Cak Cekuk pada Majlis Apresiasi Semarak Merdeka yang berlangsung di IDCC Ideal Convention Centre, di sini, baru-baru ini.

Lebih bermakna, sekitar 3,000 pelajar yang sebelum ini menjayakan pembentukan human graphic sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2025 turut hadir meraikan kejayaan mereka dalam majlis penuh warna-warni itu.

Wani yang ditemui selepas persembahan meluahkan rasa terharu dapat kembali bertemu dengan para pelajar yang memainkan peranan penting dalam persembahan kebangsaan tersebut.

“Saya sangat tersentuh melihat semangat mereka. Walaupun masih muda, semangat cintakan negara yang mereka tunjukkan sangat luar biasa.

‘Hari ini saya datang bukan sebagai artis, tetapi sebagai kakak yang ingin mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada semua peserta, guru pengiring serta pihak penganjur,” katanya.

Sepanjang persembahan, suasana dewan bertambah meriah apabila pelajar yang hadir turut sama menyanyikan lagu Cak Cak Cekuk bersama penyanyi berusia 24 tahun itu.

Selain mempersembahkan lagu, Wani turut meluangkan masa beramah mesra serta bergambar bersama para pelajar yang teruja dengan kehadirannya.

Mengulas lanjut, Wani menyifatkan penganjuran majlis penghargaan seperti ini sebagai platform positif dalam memupuk semangat patriotik serta mengiktiraf usaha pelajar yang berbakat.

“Majlis ini sangat bermakna untuk mereka yang terlibat. Saya rasa majlis sebegini wajar diteruskan setiap tahun sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan bakat seni dan semangat kebangsaan dalam kalangan pelajar sekolah,” ujarnya.

Majlis Apresiasi Semarak Merdeka turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk permainan interaktif, reruai pameran serta pemberian cenderamata kepada pelajar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Demi masa depan, Kim K ketepikan ego, sanggup beratur panjang uji bakat Suria Records

SEMANGAT kental peserta program realiti Talk To My Manager musim kedua, Kim K dalam mengejar impian sebagai anak seni...

More Articles Like This